Antara Hotel Terbaik Di Sekitar Universiti Al-Azhar

0
974

Melancong adalah satu aktiviti yang menyeronokkan yang menggunakan tenaga sepanjang hari. Oleh itu, anda perlukan tempat yang selesa untuk penginapan dan mendapatkan rehat yang cukup.

Edisi kali ini, Deenamik ingin berkongsi kepada anda tentang hotel yang berhampiran dengan Universiti Al-Azhar.

Al Masa Hotel (O.5 km dari Universiti Al-Azhar)

Semua bilik dan suite mempunyai pemandangan teres, taman, atau kolam renang. Setiap unit yang berhawa dingin mempunyai TV skrin rata.

Lapangan terbang yang terdekat adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Cairo iaitu 10 minit memandu dari hotel.

Hotel ini mempunyai banyak aktiviti termasuklah boling, pelbagai jenis urutan dan juga perpustakaan.

Kemudahan

  • WiFi percuma
  • Shuttle lapangan terbang
  • Kolam renang
  • Kolam renang luaran
  • Parking percuma
  • Pusat spa dan kesihatan

Purata harga setiap malam adalah RM334.

Cozy Modern Apartment (2km dari Universiti Al-Azhar)

Apartment ini terletak di Kaherah dan menyediakan WiFi secara percuma. Mempunyai 2 bilik tidur yang dilengkapi dengan dapur, TV berskrin rata, ruang tempat duduk dan tab mandi.

Staf hotel berkomunikasi menggunakan bahasa Arab, bahasa Inggeris dan bahasa Itali.

Perkhidmatan sewa kereta juga disediakan disini. Masjid El Hussien terletak hanya 7km dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah pula hanya berjarak 12km dari hotel ini.

BACA JUGA :   Sebab Mengapa Pelajar Memilih Belajar di Mesir

Kemudahan

  • WiFi percuma
  • Shuttle lapangan terbang
  • Parking percuma
  • Bilik bebas rokok
  • Teres
  • Meja penyambut tetamu 24/7

Purata harga setiap malam adalah RM145.

Al Nasr Apartments (1.2 km dari Universiti Al-Azhar)

Menawarkan perkhidmatan dengan restoran, taman dan kaunter penerimaan tetamu 24 jam. Tambahan hotel ini turut menyediakan tempat meletak kereta persendirian.

Lapangan terbang yang terdekat adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah iaitu 11km dari Al Nasr Apartments.

Kemudahan

  • Kolam renang
  • Bilik bekerluarga
  • Parking
  • Restoran
  • Bilik bebas rokok

Purata harga setiap malam adalah RM228.

Le Royal Residence (2.1km dari Universiti Al-Azhar)

Menawarkan pemandangan bandaraya, hotel ini dilengkapi dengan balkoni dan penyaman udara. Hotel ini menyediakan perkhidmatan tempat meletak kereta dan WiFi adalah percuma.

Tambahan, hotel ini mempunyai 3 bilik tidur, TV berskrin rata dengan saluran satelit, dapur yang dilengkapi dengan mesin basuh serta microwave.

Masjid El Hussien berjarak 10km dari hotel dan lapangan terbang terdekat adalah Lapangan terbang Antarabangsa Kaherah iaitu 10km dari hotel.

Kemudahan

  • WiFi percuma
  • Shuttle lapangan terbang
  • Bilik keluarga
  • Parking percuma
  • Bilik bebas rokok
  • Haiwan peliharaan dibenarkan
BACA JUGA :   Program Madrasah Daulah Peluang Pelajar Lanjutkan Pengajian Di Mesir.

Purata harga setiap malam adalah RM373.

Sara Tower (2.1km dari Universiti Al-Azhar)

Sara Tower menyediakan penginapan dengan teres dan kemudahan WiFi percuma serta tempat letak kenderaan persendirian.

Penyediaan kereta sewa juga disediakn di hotel ini. Lapangan terbang yang terdekat adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Cairo iaitu 11km dari hotel.

Kemudahan

  • WiFi percuma
  • Shuttle lapngan terbang
  • Bilik keluarga
  • Parking
  • Bilik bebas rokok

Purata harga setiap malam adalah RM302.

Berminat Untuk Melanjutkan Pengajian Ke Mesir?

Ayuh Mendaftar Bersama Daulah Educonsult.

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

 

 

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here