Bandung merupakan sebuah kota metropolitan yang terletak di tengah-tengah daerah Jawa Barat. Para wanita terutamanya pasti rambang mata jika berpeluang membeli belah di Bandung terutama berkunjung ke Pasar Baru dan Rumah Mode.
Kebanyakan tempat menarik di Bandung ini adalah sesuai untuk mereka yang gemar berootd untuk dipos ke instagram atau media sosial yang lain.
Teruskan membaca kerana Deenamik ingin berkongsi mengenai tempat menarik sekitar Bandung yang wajib dilawati.
Kawah Putih, Ciwidey
Kawasan ini menjadi antara bucketlist kerana keindahannya yang unik dan memukau. Rami juga yang sanggup datang ke sini untuk mengambil gambar perkahwinan.
Kawasan ini terhasil daripada letusan gunung berapi yang berbentuk danau yang bertanah putih dan berair putih kehijauan. Di tebing danau pula akan kelihatan belerang yang berwarna kuning dan pokok bakau yang menjadi penyeri kepada pemandangan.
Anda dinasihatkan untuk memakai penutup muka jika berkunjung ke sini.
Floating Market
Pasar terapung di Bandung menjual aneka makanan tradisonal Indonesia untuk dicuba. Pelbagai cenderahati turut dijual disini dan terdapat juga aktiviti seperti menaiki bot dan menerokai Taman Jepun disediakan disini.
Jangan lupa untuk menukar tiket dengan minuman panas di pintu masuk.
Farmhouse Susu Lembang
Lokasinya berada di Lembang dan mengekalkan konsep Tudor dan Eropah. Anda juga boleh menyewa pakaian yang bercirikan Eropah untuk mengambil gambar.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan disini termasuklah bermesra dengan haiwan di Petting Zoo dan mengambil gmbar di Love Locks.
Selain itu, terdapat juga rumah Hobbit yang dibina seperti di New Zealand. Keindahan landskap dan suhunya yang nyamn menjadikan ‘feel’ ala Eropah lebih terasa.
Di Farmhouse Susu Lembang, anda boleh menukar tiket masuk dengan secawan susu segar.
Glamping Rancabali
Anda pasti jatuh hati dengan pemandangan dan udaranya yang nyaman serta ketenangan di tepi tasik yang luas.
Terdapat kebun teh yang luas dan sebuah restoran yang berbentuk kapal yang menjadi mercu tanda untuk mengambil gambar.
Penginapan turut disediakan bagi sesiapa yang mahu berkhemah disini. Pelbagai aktiviti yang disediakan termasuklah memancing, berbasikal, menaiki rakit di tasik, memetik teh dan strawberi dan banyak lagi.
De Ranch Lembang
Kawasan bertemakan ‘cowboy‘ dan turut menawarkan perkhidmatan tunggangan kuda sambil menikmati keindahan alam semula jadi.
Tambahan, pengunjung juga didedahkan dengan cara penjagaan kuda dan lembu serta berpeluang untuk memerah susu lembu sendiri.
De Ranch juga menawarkan aktiviti outdoor lain seperti memancing, flying fox dan memanah.
Saung Angklung Udjo
Selami dengan lebih dekat lagi keunikan budaya Sunda dan berkunjung ke Saung Angklung Udjo.
Angklung adalah permainan tradisional Sunda yang diperbuat daripada buluh.
Anda akan dihiburkan dengan pertunjukan tarian dan wayang golek dan mencuba bermain angklung sendiri. Kawasan ini dibangunkan untuk mengekalkan tradisi masyarakat Sunda supaya tidak ditelan arus pemodenan Indonesia.
Tangkuban Perahu
Merupakan lokasi kawasan gunugn berapi aktif yang terkenal di Indonesia. Gunung berapi ini berbentuk panjang seakan perahu yang terbalik persis namanya.
Kawasan ini berada di dataran tinggi dan dikelilingi oleh kebun teh. Ia juga menghasilkan belerang dan air panas yang mengalir di kaki bukitnya.
Banyak lagi tempat menarik yang wajib dikunjungi ketika melancong ke Bandung seperti Trans Studio Bandung, Paris Van Java, Jalan Asia Afrika dan banyak lagi.
Trans Studio Bandung
Paris Van Java, Mall
Berminat Melnjutkan Pelajaran Ke Luar Negara?
Mendaftarlah Bersama Daulah Educonsult
Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)