Anda mempunyai cita-cita melanjutkan pengajian ke negara timur tengah namun tidak kesampaian?

Jangan Risau.

Daulah Educonsult ada membuka tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam pengajian Islam di Indonesia bagi sesi 2020.

Berikut antara universiti yang ditawarkan di Indonesia:

Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim (UIN SUSKA)

Ditubuhkan pada 19 September 1979 yang lahir dari Institut Agama Islam Negeri Sultan Syarif Qasim , Pekan Baru.

Pada awal penubuhannya, universiti ini hanya terdiri dari 3 fakulti sahaja iaitu Fakulti Tarbiyah, Fakulti Syariah dan Fakulti Usuluddin.

Kini, UIN SUSKA mempunyai 8 buah fakulti untuk menempatkan para pelajarnya. Antaranya ialah  Fakulti Syariah dan Ilmu Hukum, Fakulti Usuluddin, Fakulti Dakwah dan Komunikasi, Fakulti Sains dan Teknologi, Fakulti Psikologi, Fakulti Ekonomi dan Ilmu Sosial dan lain-lain lagi.

Universitas Islam Negeri Ar-Raniry

Lokasi terletak di Banda Aceh dan dirasmikan pada 5 Oktober 1963. Di awal penubuhannya, hanya bermula dengan 3 fakulti sahaja iitu Fakulti Syariah, Fakulti Tarbiyah dan Fakulti Usuluddin.

BACA JUGA :   PENGHANTARAN PELAJAR VETERINAR KE INSTITUT PERTANIAN BOGOR, INDONESIA SESI 2023

Ar-Raniry diangkat sempena nama mufti yang sangat berpengaruh yang memerintah pada tahun 1637 hingga 1641 iaitu Syeikh Nuruddin Ar-Raniry yang berasal dari Gujerat, India.

Kini, Universitas Islam Negeri Ar-Raniry mempunyai 9 buah fakulti dan satu program iaitu Fakulti Syariah dan Hukum, Fakulti Tarbiyah dan Keguruan, Fakulti Adab dan Humaniora, Fakulti Dakwah dan Komunikasi, Fakulti Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Islam, Fakulti Sains dan Teknologi, Fakulti Psikologi, Fakulti Ilmu Sosial dan Ilmu Pemerintahan dan Program Pascasarjana.

Kedua-dua universiti ini telah pun mendapat pengiktirafan daripada kerajaan Malaysia.

Syarat Kelayakan

  • STAM dengan minima pangkat MAKBUL sudah melayakkan anda untuk membuat permohonan.
  • SPM / Matriks / Diploma dengan CGPA 3.0 juga layak untuk memohon.
BACA JUGA :   Anda Wajib Tahu Kesan Mengamalkan Air Putih Setiap Hari

Namun . . .

Jika CGPA anda kurang dari 3.0, Daulah Educonsult boleh membantu anda untuk merealisasikan impian tersebut.

Berminat Untuk Belajar Ke Indonesia?

Ayuh Mendaftar Bersama Daulah Educonsult.

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

 

 

 

 

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here