Negara Korea Selatan sangat terkenal dengan industri K-Pop. Namun filem dan dramanya juga tidak kurang hebatnya. Tahun 2019 sudah hampir ke penghujungnya.Fenomena drama marathon mungkin tidak asing bagi penggemar drama.

Deenamik ingin kongsi beberapa drama bersiri dari Korea Selatan tahun 2019 yang mendapat rating tertinggi.

The Tale of Nokdu

Jeon Nok Du tidak gembira dengan rancangan kelaurganya yang mahu menjodohkannya dengan sorang gadis kecil. Dia menyamar sebagai perempuan dan pergi ke perkampungan janda untuk menyiasat mengani kematian ibunya dan status dirinya yang sebenar.

Di sana, dia bertemu dengan Dong Dong-Ju yang dalam persediaan untuk menjadi seorang gisaeng.

Angel’s Last Mission

Dan adalah malaikat. Dia juga seorang pembuat masalah dan seorang yang optimis. Yeon Seo pula adalah penari ballerina yang tidak percaya kepada cinta.

Dan mempunyai misi dan jika dia berjaya menyelesaikan misi tersebut, dia dibenarkan pulang ke syurga. Misinya adalah untuk mencari cinta sejati untuk Yeon Seo.

The Light In Your Eyes

Kim Hye Ja berkeinginan menjadi seorang pengacara televisyen. Dia seorang yang jujur dan mempunyai personaliti yang positif. Namun secara tiba-tiba dia menjadi sorang perempuan tua yang berusia 70 tahun dengan keupayaan khusus untuk memanipulasi masa.

The Crowned Clown

Drama ini adalah remake dari filem Masquerade lakonan Lee Byung Hun yang mengisahkan seorang pelawak jalanan yang mirip dengan Raja.

BACA JUGA :   Belajar Jauh Ke Negara Mesir Bersama Daulah Educonsult

Dia diupah untuk mengelakkan Raja dari dibunuh oleh pembunuh upahan.

Hotel Del Luna

Drama ini berlatarbelakangkan hotel yang mempunyai reka bentuk lama dan menuyeramkan. Pelanggan hotel ini adalah terdiri daripada hantu.

Goo Chan Sun adalah pengurus hotel ini. Pemilih hotel adalah Jang Man Wol yang cantik tetapi tamak dan angkuh. Jang Man Wol terperangkap di hotel itu bertahun lamanya dan dia boleh keluar dari hotel itu apabila dia menjumpai dengan orang yang melakukan jenayah yang lagi besar darinya.

Doctor Yo Han

Drama ini mengenai seorang doktor anaesthasia yang pakar dalam menagani kesakitan. Setiap episod akan menayangkan mengenai pesakit yang kesakitan tetapi tidak tahu berpunca dari apa. Doktor akan mencari punca penyakit berkenaan.

Vagabond

Cha Dal Gun adalah seorang pelakon lagak ngeri yang mahu menjadi pelaok aksi yang terkenal. Namun dia terlibat dalam kelangan pesawat yang mengubah hidupnya.

Untuk menanggung ibu dan adik perempuannya, dia telah bekerja sebagai seorang ejen NIS.

Doctor Prisoner

Na Yi Je adalah seorang pakar bedah yang sangat hebat dan baik hati. Dia terlibat dalam kemalangan perubatan yang bukan berpunca dari dirinya.

Kemalangan tersebut membuatkan dia ditendang keluar dari hospital. Dia kemudiannya bekerja sebagai ketua klinik perubatan di penjara dan merancang untuk membalas dendam.

BACA JUGA :   Puncak Bromo Sajikan Ketenangan

When The Camellia Blooms

Dong Baek adalah seorang ibu tunggal yang tinggal di bandar Ongsan. Dia menjalankan sebuah bar dambil menjaga anaknya dan orang sekeliling gemar bergosip mengenai Dong Bae.

Hwang Yong Syik yang merupakan ketua pegawai polis menyukai Dong Beak. Bekas teman lelaki Dong Baek, Kang Jong Ryeol muncul semula. Dong Baek dihantui oleh pembunuhan berdiri di Ongsan dan dia juga merupakan antara sasaran pembunuhan.

Berikut merupakan antara drama bersiri dari Korea Selatan yang mendapat rating tertinggi di kalangan penonton. Kesemua drama di atas mengandungi banyak mesej positif yang boleh diaplikasikan dalam diri dan kehidupan.

Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Luar Negara

Mendaftar Bersama Daulah Educonsult

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here