Filem Frozen 2 akan mula menemui penonton pada hari ini. Frozen 2 kembali dengan penceritaan yang lebih unik dan adventure.

Filem animasi ini menggunakan beberapa teknik CGI yang menarik termasuklah penggunaan latar pemandangan yang indah.

Pemandangan Indah

Namun, tahukah anda kebanyakan latar pemandangan yang digunakan dalam filem ini ternyata wujud di alam sebenar?

Edisi kali ini, Deenamik ingin kongsi kepada anda beberapa latar pemndangan yang digunakan dalam filem Fozen 2 ini.

Teruskan Membaca!

Pantai Reynisfjara

Pantai ini dinobatkan sebagai salah satu pantai yang paling indah di dunia. Pasir pantai ini berwarna gelap kehitaman.

Tambahan, bunyi deruan ombak yang kuat dari lautan Atlantik juga membuai perasaan anda ketika berkunjung ke sini.

Batu basalt yang besar juga bertaburan mengelilingi pantai.

Gunung Berapi Þríhnúkagígur

Merupakan antara gunung berapi yang sudah tidak aktif yang berada berdekatan dengan Iceland.

Pelancong boleh melihat sendiri magma yang terbentang luas dan gunung ini selamat untuk dilawati.

BACA JUGA :   Jom Sambung Pengajian Ke Rusia

Glasier Svinafellsjokull

Kawasan ini mempunyai suhu yang agak ekstrem dan tidak dihuninoleh manusia.

Terkenal kerana kawasan yang berais, glasier yang terdapat di sini adalah sebahagian dari glasier Vatnajokull yang merupakan glasier terbesar di Eropah.

Taman Nasional Pingvellir

Diiktiraf oleh UNESCO sebagi Tapak Warisan Dunia pada tahun 2004, ianya merupakan tempat pertemuan parlimen paling tua di dunia iaitu ketika Viking tiba di Iceland pada abad ke-10.

Lokasi ini sangat indah kerana keindahan alam disana berubah warna seiring dengan perubahan musim.

Air Terjun Gullfoss

Air terjun ini terkenal dengan jolokan “Air Terjun Emas” kerana merupakan antara air terjun paling ikonik yang pernah wujud di Iceland.

Air terjun ini berada di sungai Hvita di barat daya Iceland.

Geyser Strokkur

Merupakan lokasi air panas paling popular dan aktif di selatan Iceland, kawasan ini mempunyai magis tersendiri dengan “meletupkan” air ke ketinggian 15 hingga 20 meter yang dianggap magis oleh masyarakat setempat.

BACA JUGA :   Mode Gelap Untuk Whatsapp #DarkMode

Filem arahan Jennifer Lee dan Chris Buck ini telah memenangi dua anugerah Oscar dan digelar sebagai filem animasi terlaris sepanjang zaman.

Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Luar Negara?

Mendaftar Bersama Daulah Educonsult

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here