Tidak lengkap kiranya kalau menjejakkan kaki ke Terengganu tetapi tidak singgah keMasjid Kristal yang terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.
Team Deenamik berkesempatan berkunjung ke sana tempoh hari dan serius, memang best gila naik river cruise ni. Haaa sabar, admin nak kongsi pengalaman dan apa yang best kat sana ni.
Untuk makluman anda semua, Taman Tamadun Islam ni boleh kategorikan kepada 3 bahagian :
1. Masjid Kristal – Tidak Berbayar
2. River Cruise – Berbayar
3. Taman Monumen – Berbayar
Berbalik cerita river cruise tadi, korang boleh beli tiket dekat kaunter berdekatan jeti cruise tu. Harga tiket dewasa seorang ialah RM21.80 dan kanak-kanak 7-12 tahun ialah RM15.80 seorang. Warga emas dan kanak-kanak bawah RM7 tahun adalah percuma. Wajib pakai jaket keselamatan tau sepanjang atas bot tu.
Kalau korang plan nak masuk Taman Monumen juga lepas naik cruise tu, kami cadangkan korang amik pakej 2in1 seperti di atas ni. Lagi jimat dan berbaloi.
Untuk naik cruise ni ada masa-masa yang telah ditetapkan. Kami naik sesi pukul 12 hari tu. Memandangkan kami pergi waktu kerja dan bukan cuti sekolah, so orang tak ramai. Selesa lah nak menikmati pemandangan Sungai Terengganu tu kononnya.
Perjalanan atas cruise tu mamakan masa selama 40-45 minit dan akan lalu sebanyak 16 destinasi. Nanti masa kita lalu dari satu destinasi ke destinasi, akan ada penerangan dari pekerja bertugas tentang sejarah tempat tu. So dapat lah tambah info sedikit.
Cerita yang paling menarik perhatian kami ialah tentang Pulau Haji Siah. Ini kerana dikatakan keseluruhan pulau tersebut yang di anggar boleh memuatkan lebih dari 40 padang bola hanya didiami oleh satu keluarga saja iaitu keluarga keturunan arwah Haji Siah. Kira pulau tu keturunan Haji Siah yang conquer. Menarik kan?
Bagi yang mabuk naik bot tu jangan risau sebab laluan sepanjang cruise ni tidak berombak besar kecuali dekat area Pasar Payang. Tu pun kejap je sebab dekat dengan hulu sungai – arah ke laut tapi still tak kuat mana. So tak perlu nak risau apa-apa pun. Bot pun besar dan stabil. Kalau nak banding dengan pengalaman kami naik bot penambang masa menyulusuri Sungai Terengganu ni, lagi rasa selamat naik cruise ni. Hehe.
Pada yang berminat nak merasai sendiri keseronokan naik river cruise ni korang boleh lah cuba di Taman Tamadun Islam. Jangan lupa bawa keluarga semua sama-sama. Baru meriah dan terasa lebih seronok. Ukhwah pun makin rapat kan. Selamat bercruise semua. Untuk info lanjut layari laman web di bawah ni :
Siapa ada pengalaman kerja sambilan sambil belajar? biasanya kerja sambilan (Part time job) student degree selalu buat atau pelajar yang tengah cuti sem atau...
Khasiat Apple Cider Vinegar untuk Kesihatan: Rahsia di Sebalik Cuka Epal
Apple Cider Vinegar (ACV) atau cuka epal bukan sahaja popular sebagai bahan dapur atau...
Berkawan dengan pelajar antarabangsa memberikan banyak kelebihan yang bukan sahaja memperkaya pengalaman hidup, tetapi juga membuka minda kita kepada dunia yang lebih luas. Persahabatan...