Universiti Al-Azhar adalah pusat pengajian ilmu Islam yang wujud kira-kira 1,044 tahun dan terletak di Kaherah, Mesir adalah merupakan universiti tertua kedua selepas Universiti Al-Qarawiyin, Maghribi.

Fakulti di universiti ini terbahagi kepada dua iaitu Pengajian Agama dan Pengajian Sosial dan Sains Kesihatan.

Latar belakang pendidikan yang diambil kira untuk melayakkan diri ke Universiti Al-Azhar adalah SPM dan STAM.

Sistem konvensional masih lagi diamalkan di Universiti Al-Azhar. Sistem ini menekankan aspek teori sebelum menumpukan kepada aspek klinikal.

Bahasa pengantar adalah Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris. Kebanyakan tenaga pelajar adalah yang berpengalaman dan mereka fasih berbahasa Inggeris.

Pilihan kos yang ditawarkan ialah perubatan, farmasi dan juga pergigian.

Seimbang Ilmu Agama dan Ilmu Dunia

Di Mesir, terdapat banyak kelas-kelas agama iaitu talaqqi. Pelajar boleh belajar perkara asas yang wajib dipelajar seperti ilmu Aqidah, Fiqh dan lain-lain.

Tambahan, pelajar boleh belajar ketika masa terluang dan masa adalah fleksibel.

Belajar ilmu agama adalah untuk mencari keredhaan Allah dan untuk mengenal Allah.

Pengajian Al-Quran

Pelajar boleh mendapatkan khidmat sanad untuk belajar Al-Quran dengan bacaan tajwid yang betul. Di Mesir, terdapat ramai syeikh yang hebat yang mampu mengajar dan membetulkan bacaan anda.

Tambahan, perlu ada sanad untuk memastikan bacaan dan ilmu yang diperoleh itu dari sumber yang betul.

Terdapat biah solehah (suasana baik) dan ramai hafiz dan hafizah di Mesir. Ianya dapat memupuk semangat dan menjadi sumber inspirasi untuk terus mendalami ilmu Al-Quran.

Fasih Dalam Bahasa Arab

Bahasa pertuturan utama di Mesir adalah Bahasa Arab. Bahasa Arab sangat penting untuk berkomunikasi dengan masyarakat di sana seperti untuk membeli barang dan bertanya arah.

BACA JUGA :   Kuota Kemasukan Ke Universiti Al-Azhar, Mesir Dalam Bidang Pengajian Islam Adalah Terhad

Mungkin penduduk Mesir berkomunikasi dalam menggunakan Bahasa Arab Ammi (loghat). Namun mereka faham jika kita tetap menggunakan Bahasa Arab Fusha (rasmi).

Sesuatu bahasa itu akan lebih mudah difahami jika kita berada dalam kelompok masyarakat yang bertutur dalam bahasa tersebut.

Tambahan, Bahasa Arab adalah bahasa Al-Quran, bahasa Nabi Muhammas SAW dan bahasa di syurga nanti.

Pelihara Ikhtilat Antara Lelaki dan Perempuan

Sistem pembelajaran di Universiti Al-Azhar adalah sistempembelajaran Islam. Pergaulan antara lelaki dan perempuan adalah dilarang sama sekali ketika kuliah.

Di sana, sesi kuliah bagi lelaki dan perempuan adalah diasingkan. Hal ini demikian kerana, pergaulan lelaki dan perempuan tanpa batas boleh  menjatuhkan fitnah.

Makanan Halal

Majoriti masyarakat di Mesir adalah Islam. Jadi untuk mendapatkan makanan halal adalah sangat mudah dan murah kerana sumber tersebut mudah didapati.

Jika makan makanan yang tidak diketahui sumbernya, keraguan akan berlaku (syubhah). Perkara sebegini perlu dielakkan.

Di Mesir, anda juga boleh mencuba makan tradisi mereka seperti Ful Medames, Kushari, Roti Fatir dan banyak lagi.

Haji dan Umrah

Di Malaysia, bagi yang mahu mengerjakan haji atau umrah, akan melalui Lembaga Tabung Haji. Tapi prosesnya agak lambat dan memakan masa. Jika melalui negara Mesir, proses akan menjadi lebih pantas sedikit.

Tambahan, melalui negara Mesir, kos untuk buat haji dan umrah adalah lebih murah berbanding di Malaysia.

Pengangkutan Awam

Metro adalah kenderaan jenis keretapi dan mempunyai sistem yang sama dengan LRT dan KTM di Malaysia. Tambang yang dikenakan jugak murah dan berpatutan.

BACA JUGA :   Belajar dalam Bidang Veterinar di Universiti Luar Negara? Jom Daftar Sekarang !

Tremko adalah sebuah van yang boleh memuatkan 12 orang pada satu-satu masa. Tambang juga murah dan pelajar sering menjadikan tremko sebagai kenderaan utama untuk ke universiti.

Seterusnya, tuk-tuk adalah sama seperti beca tetapi dengan kelajuan motorsikal. Contoh seperti di negara India atau Thailand, ianya boleh memuatkan 3 orang pada satu-satu masa.

Teksi dan bas juga sangat penting di Mesir. Seperti kebiasaan, setiap bas akan memaparkan destinasi yang hendak dituju dan mempunyai nombor bas untuk rujukan penumpang.

Berminat belajar di Mesir? khususnya di Universiti Al-Azhar, Mesir yang menjadi idaman setiap pelajar. Anda boleh mendaftar bersama Daulah Educonsult.

Daulah Educonsult menyediakan perkhidmatan konsultan secara percuma untuk para pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Jom Belajar Ke Luar Negara Bersama Daulah Educonsult

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain. Tambahan, skil penguasaan dalam Bahasa Arab juga dapat dimantapkan.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

 

 

 

Facebook Comments

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here