Sejarah Ringkas

Universiti Zagazig adalah antara sebuah universiti terulung yang terdapat di Mesir. Universiti ini ditubuhkan pada tahun 1974 dan sudah mencapai usia 45 tahun.

Universiti ini bermula sebagai salah satu cawangan Universiti Ain Syams.

Visi

Universiti Zagazig berharap dapat menjadi universiti yang terbukti melalui penyediaan pendidikan tersendiri, penyelidikan saintifik dan pembangunan masyarakat yang mampan.

Misi

Misi Universiti Zagazig adalah untuk menjadi sebuah universiti awam Mesir yang menyediakan pendidikan khas dan penyelidikan utama akademik dan pembangunan serta perkhidmatan masyarakat yang unik dan pembangunan sumber manusia yang berterusan dalam konteks inovasi, kualiti, kebebasan dan nilai-nilai moral.

Antara Jurusan Yang Ditawarkan

  • Perubatan
  • Farmasi

Tempoh Masa Pembelajaran

5 hingga 6 tahun.

Kos Sara Hidup Yang Rendah

Di Zagazig, kos sara hidup boleh dikatakan antara yang terendah dari wilayah lain. Kawasan penempatan pelajar Malaysia di Zagazig antaranya ialah di Salam Sadnawi, MTA, Kafr El Zend, Murur, Salam Mashallah dan Qaumiah.

Makanan Halal Mudah Didapati

Dari segi makanan, anda boleh memilih untuk makan makanan arab seperti , rubu’firah, kuftah, fatirah, pizza dan lain-lain.

BACA JUGA :   Sambung Belajar Ke Peringkat Ijazah Sarjana Muda Di Rusia Sesi 2021!

Kedai makanan Melayu juga mudah didapati disini. Antaranya seperti La Tansa, indo Malaya, Lazuardi dan Baraka.

Barangan mentah juga mudah didapati di sekitar Mahattah seperti Pasaraya A2Z dan Alam Market dengan harga yang murah dan berbaloi.

Pengangkutan dan Kawasan Penempatan

Teksi

Pilihan pelajar yang mahu menjimatkan masa atau kesuntukan masa untuk menuju ke lokasi yang tidak dilalui oleh microbus dan minibus seperti ke Medan Qaumiyah, Salam Masyaallah.

Microbus / Minibus

Laluan perjalanan melalui tempat-tempat penting seperti Universiti Zagazig termasuklah fakulti perubatan dan farmasi, stesen-stesen wilayah lain seperti Kaherah, Mansurah dan Tanta.

Van / Tramco

Pengangkutan utama ke luar wilayah seperi Kaherah, Tanta, Mansurah dan Iskandariah.

Tut-Tut

Pengangkutan jarak dekat yang menghantar penumpang dari jalan besar ke pintu rumah.

Syarat Kelayakan

Bagi anda yang ingin mengikuti pengajian ke Universiti Zagazig, berikut adalah syarat kelayakan yang perlu dipatuhi:

  • Mempunyai sijil SPM dengan aliran Sains.
  • Mendapat sekurang-kurangnya B untuk subjek Bilogi, Kimia, Fizik, Matematik Tambahan, Matematik.
  • CGPA tidak kurang dari 3.00
BACA JUGA :   Maahad Buuth, Peluang Pelajar Belajar Di Mesir.

Namun . . .

Jika mendapat CGPA kurang dari 3.00, pihak Daulah Educonsult akan cuba membantu anda merealisasikan impian anda.

#Tawaran dibuka pada September tahun 2020.

Berminat Melanjutkan Pengajian ke Mesir?

Mendaftarlah Bersama Daulah Educonsult

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

 

 

 

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here