Negara Poland terletak di utara-tengah Eropah. Poland terletak di tengah-tengah Eropah dan bersempadan dengan Laut Baltik, Jerman, Republik Czech, Slovakia, Ukraine, Belarus, Lithuania dan Rusia.
Bagi anda yang ingin melanjutkan pengajian ke Poland, Poland adalah sebuah negara yang beriklim 4 musim.
Edisi kali ini, Deenamik ingin berkongsikan kepada anda tentang beberapa universiti di Poland yang menawarkan bidang pengajian kejuruteraan.
Warsaw University Of Technology
Universiti ini diasaskan pada tahun 1915 dan merupakan universiti tertua di Poland. Mendapat jolokan “University Of Research” membuatkan universiti ini menerima pelbagai anugerah.
Bahan rujukan mudah didapati dan turut mempunyai perpustakaan yang sangat besar.
Sehingga kini universiti ini mempunyai sebanyak 19 buah fakulti.
Silesian University of Technology
Merupakan sebuah universiti teknologi yang dibina pada tahun 1945 dan terletak di wilayah Silesia, Poland dan kemudahannya banyak di bandar Gliwice.
Pada masa kini, universiti ini menawarkan kursus dalam lebih 190 kepakaran dalam 50 jurusan yang dikendalikan oleh 15 buah fakulti.
Poznan University Of Technology
Universiti ini terletak di Poznan, Poland dan menduduki tangga ke 842 di dunia. Ianya dibina pada tahun 1955.
Mempunyai sebanyak 10 buah fakulti sehingga kini.
Pengkhususan utama di universiti ini adalah senibina elektronik dan telekomunikasi maklumat, kejuruteraan kawalan dan robotik.
West Pomeranian University Of Technology
Merupakan sebuah teknologi teknikal yang terletak di Szczecin, Poland dan dibina pada 1 Januari 2009.
Fakulti di universiti ini adalah sebanyak 10 buah fakulti dengan 47 bidang pengajian.
Matlamat utama aktiviti universiti adalah untuk mendidik dan menjalankan penyelidikan saintifik dalam bidang sains teknikal, pertanian, ekonomi, biologi, kimia dan matematik.
Berminat Untuk Melanjutkan Pengajian Ke Poland?
Daftarlah Segera Bersama Daulah Educonsult
Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)