Ketahui Fungsi Dan Simbol Yang Terdapat di Kereta Anda.

0
2407

Tidak kiralah lelaki atau wanita. Setiap manusia yang memandu kenderaan perlu tahu fungsi simbol yang terdapat di dashboard meter kereta anda itu.

Kebanyakan pemandu hanya tahu perkara asas tentang kereta dan ada juga yang pandai memandu sahaja ataupun masih lagi keliru.

Semakin canggih kereta, semakin banyaklah simbol yang anda perlu fahami dan patuhi.

Penting sebenarnya untuk anda mengetahui mengenai simbol dan fungsi tersebut.

Penulisan kali ini, Deenamik ingin kongsikan mengenai fungsi dan simbol yang terdapat di kereta anda.

Teruskan membaca!

Pintu Kereta

Periksa pintu kereta anda terlebih dahulu. Salah satu pintu kereta mungkin tidak ditutup dengan rapat.

Airbag

Jika simbol ini menyala ketika memandu, berkemungkinan sistem airbag anda sedang ada kerosakan. Sila bawa kereta anda ke bengkel untuk pemeriksaan lanjut.

Tangki Minyak

Simbol ini menandakan minyak semakin berkurangan. Sila pergi ke stesen minyak yang berdekatan.

Tekanan Tayar

Simbol ini membawa maksud tekanan tayar kereta anda tidak seimbang. Mungkin berlaku kerana kurang angin. Sila isi tayar angin di bengkel servis kereta atau di stesen pam minyak.

Bateri Kereta

Sekiranya simbol ini menyala, ia menandakan caj bateri semakin berkurangan. Oleh itu, anda perlu bawa ke bengkel untuk pemeriksaan lanjut.

Jika perkara ini berlaku, hadkan penggunaan kuasa bateri seperti penyaman udara, lampu dan juga radio.

BACA JUGA :   Ubat Penahan Sakit? Ubat Ini Sahaja Yang Boleh Diambil.

Kawalan Cengkaman

Simbol ini menunjukkan cengkaman tayar anda kurang baik. Perkara ini boleh membahayakan keselamatan anda.

Tali Pinggang Keledar

Hal ini selalu dipandang remeh oleh semua orang. Simbol ini menandakan anda tidak memakai tali pinggang keledar. Sila utamakan keselamatan.

Brek Tangan

Sebelum memulakan perjalanan, brek tangan perlu diturunkan terlebih dahulu. Ada sesetengah kenderaan yang menggunakan simbol p sebagai mengantikan seruan.

Lampu Bahaya

Jangan sesekali menghidupkan lampu ini ketika sedang memandu. Ramai pemandu gemar menyalakan lampu ini ketika memandu dalam keadaan yang hujan lebat. Hal ini sangat bahaya kerana sesetangah pemandu lain akan berfikir anda sedang memberhentikan kenderaan.

Sebaiknya, anda berhenti dahulu ketika hujan lebat dan teruskan perjalanan ketika hujan sudah mulai reda. Utamakan keselamatan.

Lampu Isyarat

Sekiranya anda ingin menukar lorong, sila bagi lampu isyarat dengan lebih awal.

Hal ni demikian kerana pemandu gemar menukar lorong sesuka hati dan mengakibatkan kemalangan jalan raya. Memandulah dengan berhati-hati.

Lampu Suluh Tinggi (Main Beam Headlights)

Lampu ini hanya digunakan di kawasan yang sunyi dan tidak berlampu seperti kawasan hutan atau kawasan kampung.

Jangan sesekali menggunakan lampu ini di atas jalan raya kerana boleh “membutakan” pemandu lain dan mengakibatkan kemalangan.

Suhu Enjin

Sekiranya simbol ini menyala, ianya mungkin petanda suhu kereta anda menjadi sangat panas.

BACA JUGA :   Medan pilihan percutian anda? Pasti Tidak Menyesal!

Matikan enjin kereta dengan serta merta dan periksa takat air dalam enjin. Berkemungkina berlaku kebocoran pada radiator.

Air Pada Wiper

Simbol ini menunjukkan air wiper anda kurang. Sila periksa dan tambah air.

Semoga segala perkongsian ini bermanfaat untuk pemandu di luar sana. Namun, simbol in sama sahaja dengan simbol kereta yang berada di luar negara dan hanya berbeza mengikut jenama kereta seperti jenama Mercedez Benz.

Ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara dan secara tidak langsung boleh memandu di sana dan mendapat pengalaman baru? Mendaftar bersama Daulah Educonsult agar impian anda tercapai!

Jom Mendaftar Bersama Daulah Educonsult

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here