Halia adalah sejenis tumbuhan yang mempunyai rasa pedas, memberi aroma wangi dan sebagai penambah perasa dalam makanan.
Dari segi perubatan, halia sering diambil dalam bentuk minuman halia, halia kering, air rebusan halia dan pati hali.
Halia terbukti mempunyai banyak khasiat terutama untuk wanita. Pengambilan halia untuk wanita adalah sangat digalakkan terutama untuk kecantikan diri dan kesihatan dlam tubuh.
Kali ini, Deenamik ingin berkongsi mengenai beberapa khasiat pengambilan halia terhadap wanita
Antara Khasiat Halia Untuk Wanita :
1. Membantu Menghapuskan Sel Kanser
Kajian yang dijalankan oleh University of Michigan yang diterbitkan oleh American Association of Cancer Research membuktikan bahawa halia dikatakan mampu membantu menghapuskan dan menghentikan sel kanser daripada terus merebak.
Kanser ovari adalah musuh utama bagi wanita di luar sana dan selain rawatan perubatan moden, tidak salah jika ikhtiar dengan cara tradsional.
2. Redakan Tekanan & Naikkan Seri Wajah
Amalan meminum air halia dengan madu setiap hari dikatakan mampu membantu meredakan tekanan dan memulihkan kesihtan dalaman badan.
Tambahan, ianya mampu membuatkan wajah serta tubuh tampak segar, membantu melancarkan perjalanan darah dan sekaligus menaikkan seri wajah dan menyerlahkan kecantikan semula jadi.
3. Menurunkan Berat Badan
Halai mengandungi unsur yang membantu melancarkan sistem metabolisme serta memecahkan lemak dalam tubuh badan secara semulajadi.
Minum air halia juga mampu mengurangkan nafsu makan dan sesuai untuk wanita yang sedang diet.
4. Hilangkan Bau Badan
Halia juga dipercayai mampu menghilangkan bau badan. Malunya bila kita sebagai wanita, tapi badan berbau.
Untuk atasi masalah ini, amalkan minuman halia bersama teh setiaap hari atau kunyah halia yang ditumbuk hancur.
5. Redakan Sengugut & Masalah Pencernaan
Sekiranya mengalami masalah pencernaan seperti perut kembung, cirit birit atau kejang akibat sengugut di bahagaian perut ketika datang bulan, cuba minum air halia panas.
Ianya berkesan untuk meredakan dan merehatkan usus seterusnya mengatasi masalah ini.
6. Anti Penuaan
Bagi wanita yanh ingin kekal awet muda, anda disarankan amalkan pengambilan halia selalu. Halia kaya dengan kandungan antioksidan yang mampu melawan radikal bebas.
Ianya juga mampu mempercepatkan proses pembaharuan dalam badan, melindungi dan memperbaiki sel-sel dan melambatkan proses penuaan.
7. Penggalak Susu Ibu
Halia dianggap sebagai galactagogue yang merangsang pengeluaran susu. Menurut satu kajian yang dijalankan mendapati bahawa penggunaan halia membantu meningkatkan susu ibu pada awal postpartum.
Malah aroma halia dapat membantu mengurangkan tekanan emosi, melegakan dan menenangkan minda ibu yang menyusu badan.
Banyak lagi kelebihan halia untuk kesihatan dan kecantikan diri buat wanita. Tidak rugi jika mengamalkannya pada setiap hari.
Berminat Melanjutkan Pengajaian Ke Luar Negara
Mendaftar Bersama Daulah Educonsult
Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)