Era globalisasi ini, ramai  masyarakat Malaysia gemar membeli-belah secara atas talian akibat kekangan masa.

Tidak dinafikan, Pos Malaysia menjalankan tugas dengan cermat dan tangkas.

Namun, pelanggan tetap mengalami masalah dalam menggunakan servis penghantaran yang ditawarkan oleh Pos Malaysia menerusi poslaju.

Kesukaran memahami fungsi “tracking number” kadang kala memberi masalah besar kepada pengguna kerana ianya harus diperiksa secara berkala.

Kegagalan berbuat demikian menyebabkan pelanggan kehilangan parcel yang sepatutnya sampai tetapi tidak kunjung tiba.

Edisi kali ini, Deenamik ingin berkongsi mengenai tips untuk memahami apa sebenarnya maksud status “tracking number” Poslaju.

Item Posted Over The Counter

Kakitangan yang bertugas di kaunter poslaju baru menerima parcel dan tracking number untuk barcode sedang di scan.

Consignment Received And Processed From Posting At Post Offices

Bermaksud mungkin data penghantaran sudah bersedia dari Post Office (PO) lagi. Apabila sampai di Poslaju (Parcel Hub Pos Laju) yang berhampiran dengan rumah anda, bungkusan yang anda pesan akan dihantar keluar.

Item Dispatced Out

Bungkusan pesanan anda dihantar keluar dari pejabat poslaju.

Item Processed

Bungkusan sedang diproses di bahagian Pejabat Pos (PO) atau Parcel Hub Pos Laju.

Pembahagian mengikut lokasi poskod akan dilakukan supaya lebih memudahkan sistem atau proses penghantaran yang akan dilakukan nanti.

BACA JUGA :   Syarat Kelayakan Sambung Pengajian Ke Universiti Di RUSIA

Consignment Dispatch Out From Transit Office

Bungkusan akan dihantar keluar dari pejabat transit. Jaidi anda tidak perlu risau bungkusan yang ditunggu tidak tiba kerana mereka baru sahaja mahu mengantar ke PO berhampiran dengan alamat rumah anda.

Arrive At Delivery Facility at ..

Bungkusan sudah tiba di destinasi yang paling dekat dengan alamat rumah anda dan bungkusan sedia untuk dihantar.

Item Out For Delivery

Posmen sudah keluar untuk membuat penghantaran ke alamat anda. Anda peRlu pastikan alamat anda adalah tepat supaya memudahkan si penghantar mudah mencari lokasi dan bungkusan anda dapat dihantar.

Pastikan juga terdapat orang yang berada di rumah untuk menerima bungkusan kerana jika tidak bungkusan anda akan dipulangkan semula ke pejabat pos terdekat.

Item Can Be Collected At . . .

Bungkusan anda boleh diambil di Pos Laju tertera. Maksudnya, bungkusan anda sudah selamat tiba di pejabat mereka.

Keadaan ini mungkin berlaku kerana ketika penghantaran, anda tiada di rumah dan tidak terdapat sesiapa yang dapat menyampakan bungkusan tersebut kepada anda. Bungkusan anda akan dihantar kembali ke pejabat pos terdekat untuk penyimpanan dan perlu dituntut sendiri.

Namun jika berhari-hari status kekal sama, sila terus hubungi pejabat Poslaju tersebut untuk mengetahui status sebenar dan anda dinasihatkan pergi ambil sendiri bungkusan tersebut.

BACA JUGA :   Universiti Di Rusia Buka Peluang Belajar Dalam Pelbagai Bidang!

Item Delivered To (Name)

Tahniah! bungkusan anda sudah selamat sampai ke tangan anda atau sesiapa yang sign delivery note berdasarkan nama yang tertera pada paket bungkusan tersebut.

Unsuccessful Delivery. Please Contact 1 300 300 300. Address Not Available

Bungkusan anda mungkin tidak sampai kepada anda. Ianya mungkin berlaku apabila sewaktu penghantaran anda tidak menyedari kedatangan posmen .

Anda perlu pergi kepejabat pos terdekat dan membawa nota yang ditinggalkan pihak penghantar untuk menunutut barang di pejbat pos atau hubungi pejabat Poslaju untuk mengetahui keterangan lanjut berkenaan langkah seterusnya yang perlu diambil.

Berikut merupakan sedikit maklumat mengenai tracking number. Diharap maklumat yang sedikit ini dapt membantu anda dalam mengendalikan situasi tersebut yang mungkin berlaku.

Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Luar Negara?

Mendaftar Bersama Daulah Educonsult

Daulah Educonsult menawarkan perkhidmatan perundingan dalam bidang pendidikan secara percuma kepada sesiapa yang ingin melanjutkan pengajian ke luar negara. Berpengalaman luas dalam mengendalikan pelajar ke luar negara seperi Poland, Rusia, Mesir, Bangladesh, Turki dan Indonesia dalam pelbagai bidang pengajian.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here