Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berikrar akan meletakkan jawatan jika terbukti terdapat salah guna kuasa di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN).
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
Jelasnya, pihaknya telah membuat laporan kepada (SPRM) berhubung dakwaan tersebut syarikat dianugerahkan tiga projek dalam satu masa membabitkan kerja di IKBN.
“Kalau ada salah guna kuasa dipersilakan lapor pada SPRM, pegawai saya sendiri telah diarahkan untuk pergi ke SPRM bagi membuat laporan,” .
Beliau mengeluarkan kenyataan tersebut ketika sesi penggulungan rang undang-undang perbekalan di Dewan Rakyat petang semalam.
Penjelasan Syed Saddiq menimbulkan pertikaian wakil rakyat pembangkang , Jalaludin Alias (BN- Jelebu) dan Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) yang terus mengasaknya dalam isu berkenaan.
Jalaluddin ketika sesi perbahasan berkata, beliau mempunyai bukti kontrak bernilai RM7 juta yang diberikan kepada sebuah syarikat untuk mengendalikan IKBN di Melaka, Selangor dan Perlis.
Mohd Shahar pula mencabar supaya Syed Saddiq melepaskan jawatan sekiranya benar berlaku penyelewengan.
Menyahut cabaran Shahar, Syed Saddiq berkata: “Wallahi, wabillahi, watallahi, Allah sebagai bukti saya di sini, kalau ada bukti salah guna kuasa, penyelewengan dan SPRM membuktikan bahawa ini adalah salah guna kuasa saya akan jadi orang pertama akan letak jawatan.
Untuk lebih lanjut, sila tonton video ini.
Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Luar Negara
Mendaftar Bersama Daulah Educonsult
Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)