Mesir Tawar Bidang Pengajian Pergigian

0
1485

Belajar di luar negara juga menjadi plihan utama dan alternatif bagi bakal doktor gigi. Namun ramai yang terpaksa melupakan hasrat tersebut disebabkan yuran pengajian yang tinggi.

Fakulti pergigian  adalah fakulti yang diiktiraf dari Kementerian Pelajaran Tinggi.

Keadaan Dan Suhu Yang Berbeza Mengikut Musim

Mesir mrmpunyai 4 musim yang berbeza. Suhu paling tinggi ketika musim sejuk adalah 10 hingga 15 darjah dan paling rendah pula dalah 5 hingga 6 darjah celcius.

Ketika musim panas pula, angin sepoi-sepoi bahasa yang terasa bahangnya memerlukan anda membawa bekalan air kemana-mana sahaja.

Ayuh Kenali Universiti Di Mesir yang Menawarkan Bidang Pergigian.

Universiti Al-Azhar

Universiti ini merupakan pusat pembelajaran ilmu Islam yang tertua di dunia. Di sini, pelajar lelaki dan perempuan akan diasingkan daripada pelajar perempuan dan kelas juga berbeza jantina.

Universiti Al-Azhar menggunakan sistem konvensional yang akan mengaplikasikan teori terlebih dahulu sebelum menumpukan kepada aspek klinikal.

Lokasi adalah di Kaherah, Mesir.

BACA JUGA :   Belajar di Universiti Poland

Universiti Tanta

Fakulti pergigian diwujudkan pada 1976 dan universiti ini adalah universiti kelima di negara Arab selepas Universiti Kaherah, Ain Syams, Alexandria dan Assiut.

Universiti Tanta terletak di Tanta, ibu negeri Gharbiya. Tanta terletak 90 km dari Kaherah dan 120 km dari Alexandria.

Universiti Cairo

Ditubuhkan pada tahun 1908 dan pelajar antarabangsa yang tinggal di Kaherah menikmati kos hidup yang agak rendah.

Lokasi adalah di Giza, Mesir.

Universiti Ain Shams

Ditubuhkan pada tahun 1950 bagi memenuhi keperluan pelajaran belia-belia Mesir yang semakin berkembang. Pada awalnya, dkenali sebagai El-Demerdash School of Medicine.

Universiti Alexandria

Awal penubuhan adalah pada tahun 1938 dengan menggunakan nama Fuoad University.

Fakulti Pergigian ditubuhkan pada tahun 1970.

Universiti Mansoura

Lokasi terletak di bandar Mansoura, Mesir. Ditubuhkan pada tahun 1962 sebagai salah satu cawangan di bawah Universiti Cairo.

Syarat Memohon

Mempunyai  Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh purata peratusan markah sekurang-kurangnya 85%   dalam lapan (8) subjek  iaitu Bahasa Melayu, Bahasa  Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik  Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi di peringkat SPM.

BACA JUGA :   Kuota Kemasukan Ke Universiti Al-Azhar, Mesir Dalam Bidang Pengajian Islam Adalah Terhad

DAN

Sekurang-kurangnya kepujian dengan gred B dalam Biologi, Kimia, Fizik, Matematik dan Matematik Tambahan di peringkat SPM.

Berminat Untuk Menjadi Seorang Doktor Gigi? Ayuh Mendaftar Di Daulah Educonsult.

 

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here