Sebelum anda khususnya wanita muslimah yang bertudung untuk mendapatkan rawatan doktor gigi, terdapat beberapa perkara yang anda perlu ikuti.

Ikuti perkongsian Deenamik yang sangat berguna ini untuk semua.

Sanggul Kepala

Sanggul kepala tidak perlu terlalu tinggi. Keadaan ini akan menyusahkan doktor gigi untuk melihat gigi atas anda.

Pemakaian Foundation

Pemakaian foundation yang terlalu maksima akan menyebabkan muka anda comot sekiranya terkana spray air handpiece yang digunakan oleh doktor gigi.

Tambahan, sekiranya glove doktor terkena muka anda. Muka anda pastinya akan bercapuk.

Maskara dan Bulu Mata

Tidak kisahlah pemakaian bulu mata palsu atau implan atau pemakaian maskara yang terlalu banyak. Ianya akan menyukarkan doktor untuk menjalankan kerja kerana jika terkena glove, hasilnya muka anda akan seperti patung opera cina.

BACA JUGA :   Jom Lanjutkan Pengajian di Rusia, Indonesia dan Poland!

Gincu (Lip Gloss)

Buang atau lap awal-awal sebelum masuk ke bilik surgeri pergigian. Jika terkena glove yang dipakai doktor, sekitar mulut anda akan comot dan ianya akan menyulitkan staf klinik untuk membersihkan instrumen pergigian jika terkena padanya.

Baju

Pastikan memakai pakaian yang menutup aurat dan tidak jarang. Baju di bahagian belakang juga jangan terlalu singkat.

Tudung

Jika mahu berjumpa doktor gigi dan melakukan pemeriksaaan gigi, elakkan pemakaian tudung yang berlilit-lilit, dan penggunaan pin tudung terlalu banyak.

Situasi ini akan menyebabkan anda mengalami kesukaran untuk membuka mulut dengan luas.

EXTRA . . .

Tips Rawatan Pergigian

  • Temujanji pemeriksaan pergigian sekurang-kurannya 6 bulan hingga 1 tahun sekali.
  • Lakukan pemeriksaan lebih kerap jika ada masalah
  • Jangan tunggu sehingga sakit
BACA JUGA :   Jom Jalan-Jalan ke Tempat Menarik di Warsaw

Berikut adalah sedikit perkongsian mengenai persediaan awal sebelum anda berjumpa doktor gigi untuk mendapatkan rawatan.

Berminat Untuk Melanjutkan Pengajian Ke Luar Negara?

Ayuh Mendaftar Bersama Daulah Educonsult.

Daulah Educonsult menawarkan perkhidmatan perundingan secara percuma dalam bidang pendidikan kepada sesiapa sahaja yang ingin melanjutkan pengajian ke luar negara dalam bidang yang diminati. Berpengalaman luas dalam mengendalikan pelajar ke luar negara seperti Poland, Rusia, Mesir, bangladesh, Turki dan Indonesia.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here