Dengan jumlah populasi komuniti Muslim yang semakin meningkat, terdapat banyak lambakan restoran yang menyediakan makanan halal di seluruh dunia.

Ketiadaan makanan halal merupakan salah satu masalah yang bakal dihadapi jika melancong ke negara bukan Islam.

Deenamik ingin kongsikan beberapa restoran halal yang terdapat di sekitar Moscow dan St. Petersburg, Rusia.

Restoran Halal Cafe Brat

Merupakan antara restoran hala yang menyediakan hidangan khas Chechnya dan Ingushetia. Restoran ini mula beroperasi seawal jam 11 pagi hingga jam 11 malam.

Terletak di Jalan Mytninskaya dan berada di tengah-tengah bandar.

Armudu Cafe

Lokasi cafe ini hanya sejauh 10 minit berjalan kaki dari Masjid St. Petersburg.

Disini, pengunjung dapat menikmati kuih tradisional Rusia. Cafe ini merupakan antara yang terkenal di bandar St. Petersburg.

BACA JUGA :   Lanjutkan Pengajian Anda Sehingga Ke Peringkat Degree Di Indonesia

Zolotoy Dfor

Restoran ini menyediakan makanan halal yang sangat banyak dan mengamalkan konsep buffet.

Restoran ini menyajikan makanan khas dari negara Timur Tengah dan juga beberapa menu dari negara Eropah.

Lokasi restoran ini adalah di Belevsky Avenue.

Restoran Navruz

Menu di restoran ini adalah makanan khas dari negara Timur Tengah dan juga Eropah Timur.

Rekaan dalamannya yang berkonsep corak kaligrafi akan membawa anda merasa seperti berada di negara Uzbekistan.

Restoran ini memulakan perniagaan pada jam 5 petang hingga 12 tengah malam.

Restoran Uryuk

Restoran ini mempunyai bebrapa cawangan juga di tempat yang berbeza. Walaupun restoran ini menyediakan minuman beralkohol, namun mereka juga turut menyediakan makanan halal.

BACA JUGA :   Jom Sambung Belajar Di Poland Pada Tahun 2021 Bersama Daulah Educonsult.

Restoran ini berkonsepkan klasik Rusia.

Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Rusia.

Mendaftar Bersama Daulah Educonsult

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here