Isu tiada makanan halal untuk kontinjen negara ke Sukan Sea ke-30 hanya berlaku di Manila dan bukannya berlaku di perkampungan sukan di Clark.
Perkampungan Sukan Aman Sahaja
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Ahmad Shapawi Ismail menjelaskan perkara itu berlaku di sebuah hotel di Manila dan bukan di perkampungan sukan di Clark.
“Namun pihak hotel sudah mula mendapatkan makanan halal. Sudah ada perkembangan tapi kita masih bekalkan dengan pek makanan segera daripada Brahim’s.”
tambahnya, jika penganjur ada masalah berkaitan makanan halal, ianya sepatutnya selesai pada 28 November.
Bekalan Makanan Halal
Media melaporkan sebanyak 500 kotak besar pek makanan Brahim’s telah diterbangkan khas ke Filipina.
Makanan tersebut dijangka mencukupi bagi keperluan atlet dan pegawai negara sepanjang temasya dwitahunan itu berlangsung.
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq pula berkata ketua kontinjen Megat Zulkarnain Omardin dan dua timbalannya, Ahmad Faedzal Md Ramli dan Nurul Huda Abdullah menjalankan tugas mereka dmenjaga kebajikan atlet dan pegawai.
“Kita ada pelan B berkaitan masalah makanan, Brahim’s turut membantu pastikan makanan atlet dapat dijaga.
“Kita pantau dari dekat dan kalau masalah sebegini timbul, kita akan gunakan saluran sedia ada untuk membuat aduan.
“Iaitu menerusi ketua kontinjen. Kita telah menyuarakan keprihatinan kita tapi untuk sekarang kita hanya mahu pastikan kebajikan atlet dapat dijaga sebaik mungkin,” katanya.
Timbul Masalah Lain
Selain masalah makanan, difahamkan terdapat juga aduan mengenai masalah pengangkutan dan penginapan. Tambahan, masih terdapat kerja pembinaan dilakukan di beberapa lokasi acara.
Berminat Untuk Melanjutkan Pengajian Ke Luar Negara
Mendaftar Bersama Daulah Educonsult
Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)