Universitas AirLangga Pilihan Sambung Belajar Dalam Bidang Sains

0
1354

Anda berminat belajar dalam bidang sains di luar negara tetapi tidak mahu terlalu jauh? Indonesia adalah pilihan yang tepat. Jarak perjalanan yang memakan masa hampir 2 jam lebih dan tiket penerbangan yang murah memudahkan anda untuk pulang ke Malaysia.

Di Indonesia, terdapat banyak universiti yang menawarkan bidang sains seperti Universitas Sumatera Utara, Universitas Hasanuddin, Universitas Padjadjaran, Universitas Airlangga dan sebagainya.

Kali ini, Deenamik ingin berkongsi mengenai Universitas Airlangga (UNAIR) yang terletak di Surabaya, Indonesia.

Universiti ini merupakan universiti yang kedua tertua di Indonesia dan dibina pada tahun 1954.

Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang perubatan, bidang veterinar, bidang pergigian dan lain-lain.

Kenapa Perlu Belajar Di Unair?

Kedudukan Kampus Yang Strategik

Kedudukan universiti ini terletak di tengah-tengah kota raya Surabaya dan tidak perlu risau dengan kemudahan yang diperlukan.

Mempunyai Hospital Tersendiri

Belajar dalam bidang perubatan memerlukan latihan klinikal dan bukan hanya sekadar teori semata-mata.

Di Universitas Airlangga, mereka memiliki hospital dengan kakitangan perubatan dan fasiliti kesihatan yang canggih. Hospital ini turut menerima rawatan awam dan menawarkan hospital bagi sakit gigi dan mulut.

BACA JUGA :   Sambung Pengajian Bidang Perubatan Di Universiti Terkemuka Indonesia

Tambahan, hospital UNAIR juga mempunyai hospital untuk haiwan dan merupakan tempat pelajar untuk belajar dalam persekitaran yang sebenar.

Fasiliti Pembelajaran Yang Lengkap

Di UNAIR, perpustakaan dalah rumah kedua buat pelajar-pelajar di sana kerana keadaannya yang selesa memudahkan mereka untuk mengkaji pelajaran.

Perpustakaan dilengkapi dengan koleksi buku-buku yang lengkap, kemudahan wifi yang sangat pantas dan ruang yang luas dan selesa.

Tambahan, biosafety yang tersedia mempunyai tiga tingkat.

Hidup Dalam Kelompok Islam

Indonesia merupakan negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam. Tambahan makanan mudah untuk didapati dan makanannya juga mempunyai rasa yang hampir sama.

Anda tidak perlu risau sekiranya belajar di Indonesia kerana bahasa komunikasi yang lebih kurang sama dengan bahasa Melayu memudahkan anda untuk berkomunikasi dengan penduduk setempat.

Syarat Kelayakan

Bagi lepasan SPM, Diploma, STPM dan setarafnya, syarat kemasukan adalah anda perlu mengambil subjek aliran Sains seperti Biologi, Kimia, Fizik dan setarafnya. CGPA juga perlu 3.00.

BACA JUGA :   Volvograd, Rusia - Bandar Tinggalan Perang Dunia Ke-2

Namun jika anda bukan dari aliran Sains tetapi mahu juga melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan, anda harus melalui satu kelas Asasi selama 8 bulan hingga setahun terlebih dahulu.

Tempoh pengajian pula adalah selama 5 hingga 5 tahun setengah.

Berminat Untuk Melanjutkan Pelajaran Ke Indonesia? Ayuh Mendaftar Bersama Dulah Educonsult.

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

 

 

 

 

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here