Tokyo adalah ibu negara bagi Jepun. Jepun terkenal dengan bangunan-bangunan moden dan kecanggihan teknologinya. Namun terdapat juga banyak tempat menarik di dalam kota metropolitan Jepun.

Jepun adalah negara empat musim dan musim luruh adalah musim yang sesuai untuk melancong ke negara Jepun.

Deenamik ingin berkongsi mengenai destinasi pelancongan musim luruh yang boleh dikunjungi di negara Jepun.

Kyoto (Arashima dan Kiyomizu Dera)

Kawasan hutan di bukit ini akan bertukar warna. Daun akan bertukar menjadi warna oren, kuning dan merah. Pada waktu pagi, cahaya matahari akan menerangi kawasan hutan tersebut.

Terdapat juga kuil-kuil di sekitar bukit Arashiyama. Pengunjung boleh melawati kuil berkenaan.

Di Kiyomizu Dera pual, terdapat kuil Buddha yang merupakan antara kuil utama di Kyoto. Pengunjung perlu berjalan kaki selama 15 minit untuk masuk ke pintu utama.

Kuil- kuil tersebut ditutup pada pukul 6 petang.

Gunung Fuji (Tasik Kawaguchiko)

Merupakan antara tasik utama daripada lima buah tasik yang kerap dikunjungi oleh pelancong. Pada musim luruh, terdapat beberapa kawasan yang akan dipenuhi dengan daun maple.

BACA JUGA :   Jangan Makan 9 Makanan Ini Dalam Keadaan Mentah!

Lokasi terbaik adalah di Momiji Tunnel yang berdekatan dengan Kubota Ichitake Museum. Waktu yang terbaik untuk ke Momiji Tunnel adalah dua minggu awal sebelum kemuncak musim luruh d Tokyo.

Tokyo – Icho Namiki (Ginnko Avenue)

Merupakan barisan pokok-pokok ginkgo yang sudah matang dan terletak di Meiji Jingu Gaein Park. Pengangkutan subway antara yang termudah untuk datang ke sini.

Pokok Ginkgo kebiasaannya akan lambat sedikit bertukar warna berbanding dengan pokok maple. Anda disarankan pergi pada awal bulan Disember.

Nikko

Tempat ini dipenuhi oleh alam semula jadi dan terletak hanya 200km dari Tokyo. Kawasan ini merupakan kawasan tanah tinggi dan anda boleh lawati Tasik Chuuzenji-ko untuk melihat pemandangan yang indah.

Terdapat kawasan air terjun dan pada musim luruh terdapat pokok-pokok yang sukar bertukar warna oren kemerahan.

Tips Extra Ketika Melancong Pada Musim Luruh 

Bawa ubat-ubatan kerana ramai orang yang jatuh sakit akibat perubahan suhu yang sejuk. Musim luruh juga merupakan waktu perubahan musim.

BACA JUGA :   Mesir Banyak Makanan Yang Sedap dan Bukan Hanya Roti.

Ianya bermaksud akan ada hari-hari hujan yang tidak berhenti. Oleh itu, anda disarankan menggunakan payung.

Pelancong tidak digalakkan memetik daun-daun tetapi boleh mengutipnya jika sudah gugur ke tanah.

Pengangkutan awam di luar bandar sangat terhad, jadi anda pelu melakukan sedikit kajian jika mahu berkunjung ke kawasan luar bandar.

Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Luar Negara

Mendaftar Bersama Daulah Educonsult

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here