Ejen Ali The Movie mencatatkan kutipan yang memberangsangkan iaitu sebanyak RM6.4 juta sepanjang tiga hari penayangan.
Filem keluaran Wau Animation dengan sokongan Primeworks Studios itu menyasarkan kutipan sebanyak 20 juta.
Sinopsis
Siri animasi tempatan yang sudah dua tahun ditayangkan di TV3 ini berkisarkan mengenai seorang pelajar sekolah rendah iaitu Ali. Ali secara tidak sengaja terjumpa sebuah gajet yang berteknologi tinggi iaitu Infinity Retinal Intelligence System (IRIS).
Sejak menjumpai IRIS, hidup Ali berubah serta merta dengan menyertai agensi perisikan rahsia M.A.T.A. Ali menjadi seorang perisik dan melalui cabaran bersama perisik yang lain untuk melawan musuh Cyberaya.
Filem animasi ini adalah sesuai ditonton oleh semua peringkat umur. Dialog dan babak yang ditayangkan juga mudah difahami oleh kanak-kanak.
Mesej Positif
Mesej yang cuba disampaikan dalam filem ini ternyata sampai iaitu mengutamakan semangat kekitaan dalam masyarakat majmuk di Malaysia.
Tambahan, anda pasti terkesan dengan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak yang diangkat dalam filem ini.
Tambahan, filem ini juga memaparkan babak aksi yang sangat menyeronokkan dan memukau. Misalnya, babak aksi sudah ditayangkan sejak minit pertama filem ini. Anda juga pasti tidak akan berasa bosan sepanjang menonton filem ini.
Bagi anda yang tidak pernah menonton siri animasi Ejen Ali, anda pasti akan memahami jalan cerita dan plot twist yang terdapat dalam filem ini.
Namun terdapat watak tambahan seperti Niki, Ejen Fit dan Ejen Bobby. Bagi penggemar siri animasi ini, anda pasti dapat mengenal pasti mana satu watak yang baru.
Filem ini ditayangkan di tiga buah negara termasuklah Singapura, Malaysia dan juga Brunei. Runut bunyi filem ini juga sangat sesuai dan mengasyikkan.

Info tambahan, jangan lupa menunggu untuk menonton dua babak istimewa kredit akhir selepas selesai tayangan filem ini.
Rata-rata mereka yantg sudah menonton filem ini memberikan feedback yang positif. Selamat Menonton!
Berminat Untuk Melanjutkan Pengajian Ke Luar Negara
Mendaftar Bersama Daulah Educonsult
Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)