Presiden Indonesia, Joko Widodo berkata kerajaan tidak akan teragak-agak menjatuhkan hukuman mati kepada perasuah jika rakyat negara republik itu mahu.

Beliau berkata demikian selepas Harley Hermansyah mempersoalkan tindakan kerajaan yang tidak berani memberikan hukuman berat bagi kesalahan tersebut.

Hukuman Boleh Dijalankan

Menurutnya lagi, pelaksanaan hukuman itu boleh dijalankan jika masyarakat menginginkan perkara itu berlaku.

“Boleh saja kalau masyarakat mahukannya,” ujar Jokowi bersempena dengan sambutan Hari Antirasuah Sedunia.

Tambahnya, hukuman mati terhadap perasuah memang dijalankan sebelum ini namun hanya terpakai untuk kes yang melibatkan bencana alam sahaja.

Walau bagaimanapun, undang-undang yang memperuntukkan hukuman mati terhadap perasuah sekarang adalah tertakluk kepada beberapa keadaan tertentu.

BACA JUGA :   Alasan Kukuh Untuk Belajar Ke Rusia

Antaranya termasuklah jika rasuah itu berlaku ketika bencana alam, Indonesia berada dalam keadaan bahaya dan melakukan kesalahan yang berulang.

Menurut Menteri Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia, Yasonna H Laoly, hukuman mati hanya terlaksana kepada perasuah apabila berlaku ketika bencana alam.

“Contohnya berlaku gempa dan tsunami di Acheh dan kita memberi pembiayaan untuk membantu tetapi disalahgunakan maka boleh dijatuhkan hukuman mati,” katanya seperti dilaporkan CNN Indonesia.

Rasuah Duri Dalam Daging

Amalan rasuah sememangnya bukan sahaja berlaku di Indonesia sahaja, tetapi di seluruh dunia. Gejala ini berlaku disebabkan kekangan ekonomi dan kekuasaan yang dimiliki. Sekiranya tidak dibendung dengan berhemah, gejala ini akan menjatuhkan masyarakat itu sendiri dan juga negara khususnya.

BACA JUGA :   Ayuh Belajar Ke Indonesia - Sains Kesihatan & Pengajian Islam

Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Indonesia

Mendaftar Bersama Daulah Educonsult

Daulah Educonsult merupakan badan perunding dalam bidang pendidikan. Memberikan perkhidmatan konsultasi secara percuma kepada sesiapa yang berminat melanjutkan pengajian ke luar negara dalam bidang yang diminati.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here