Rakyat Malaysia sepatutnya bersyukur dengan iklim dan geografi Malaysia yang tidak termasuk dalam Lingkaran Api Pasifik.
Di Malaysia, terdapat juga gunung berapi iaitu di Borneo namun sudah tidak aktif. Gunung Bombalai ini terletak pada ketinggian 1,067 meter dan berusia kira-kira 27,000 tahun.
Kali ini, Deenamik ingin berkongsi mengenai beberapa gunung berapi yang masih aktif dan dikategorikan sebagai antara yang berbahaya.
#Sakurajima, Jepun
Merupakan sebuah pulau yang terletak di Kagoshima di daerah Kyuhu namun pulau tersebut telah bersambung dengan Semenanjung Osumi setelah meletus pada tahun 1914.
Kali terakhir gunung ini meletup adalah pada tahun 2016. Kajian dari pakar Sakurajima Volcano Research Team mendapati gunung ini akan meletus pada 30 tahun akan datang.
Namun sehingga kini, gunung berapi ini masih mengeluarkan debu dan abu ke kawasan sekitarnya.
#Vesuvius, Itali
Gunung berapi ini yang pernah menenggelamkan perkampungan Pompeii dan Herculaneum pada tahun 79 AD. Gunung ini sudah tidak meletus hampir 73 tahun yang menandakan ianya akan meletus tidak lama lagi.
Namun terdapat lebih 3 juta penduduk yang tinggal hampir 8 kilomter dari gunung berapi ini.
#Galeras, Colombia
Kali terakhir gunung ini meletus adalah pada tahun 1988 dan kemudianĀ pada tahun 1993 iaitu letusan kecilĀ yang mengorbankan 6 orang saintis. Letusan kecil itu berterusan selama hampir 20 tahun.
Gunung ini terletak berhampiran dengan bandar yang mempunyai penduduk hampir 450,000 yang mengundang bahaya jika gunung tersebut meletus sekali lagi.
#Mauna Loa, Hawaii
Merupakan gunung berapi terbesar yang pernah wujud di dunia. Berada pada ketinggian 13,677 kaki dari aras laut, gunung ini meletus sebanyak 33 kali dalam masa 200 tahun.
Gunung yang terletak di Hawaii ini dicatatkan meletus pada tahun 1984 dan lavanya bergerak sejauh 4 kilometer jauhnya.
Namun gunung berapi ini mampu menjadi tarikan destinasi pelancongan. Walaupun berbahaya, namun bagi penggemar aktiviti lasak dan berbahaya, anda perlu juga menjaga keselamatan dan ingatlah orang tersayang.
Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Luar Negara
Mendaftar Bersama Daulah Educonsult
Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)