Islam adalah agama kedua terbesar yang dianuti oleh rakyat Rusia. Hal ini dibuktikan dengan kajian yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Pendapat Awam Rusia, dimana 6% dari rakyat Rusia mengaku mereka adalah Muslim.

Penduduk Islam pertama di Rusia adalah masyarakat Dagestan di kawasan Derbent selepas penaklukan Arab pada abad ke-8.

Edisi kali ini, Deenamik ingin berkongsi sedikit info mengenai beberapa masjid yang terdapat di negara Rusia.

Moscow Cathedral Mosque

Dibuka pada tahun 2015 selepas melalui proses pembaik pulih selama 10 tahun, masjid ini merupakan yang paling tertinggi di Rusia dan Eropah.

Masjd ini mampu menampung 10,000 orang dalam satu-satu masa. Tambahan, masjid ini mempunyai 6 tingakt yang terdiri daripada pelbagai dewan, perpustakaan, muzium dan juga ruang pameran.

Kul Syarif Mosque

Masjid ini dibina di atas tapak masjid lama Khanate Kzan yang musnah pada tahun 1552. Masjid ini dinamakan sempena nama imam besar Kazan yang terakhir sebelum Ivan the Teribble menyerang dan merampas bandar.

BACA JUGA :   6 Fakta Menarik Tentang Negara Poland

Lokasinya di wilayah Kazan Kremlin dan turut diiiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. Masjid ini merupakan masjid utama di Kazan.

Pembinaan semula masjid Kul Syarif bermula pada tahun 1996 hingga 2005. Masjid ini terdiri daripada tiga bahagian iaitu masjid, batu peringatan dan juga bangunan pentadbiran.

Saint Petersburg Mosque

Merupakan masjid terbesar di Eropah dan Rusia. Masjid ini dibina pada tahun 19909 hingga 1920 oleh seorang arkitek Nikolai Vasilyev. Masjid ini dapat menampung kira-kira 5,000 orang dalam satu-satu masa.

Masjid ini juga dikatakan hampir sama dengan Samarkand Mausoleum.

Ahmad Kadyrov Mosque

Masjid ini terletak di Grozyny, Republik Chezh. Ianya merupakan masjid yang paling terbesar dan mampu menampung kira-kira 10,000 orang dalam satu-satu masa.

Seni bina masjid ini sangat indah dimana dinding luar diliputi dengan marmar travertine sementara dinding dalamannya pula dihiasi dengan marmar puth yang dibawa khas dari Pulau Marmara.

BACA JUGA :   Lebih 6,000 Permohonan di Aplikasi Gerak Malaysia

Dinding dan kubah dicat oleh tukang mahir dari Turki dan mengandungi ayat-ayat dari surah al-Ikhlas.

Berikut merupakan antara masjid yang terdapat di sekitar Rusia dan juga bukti bahawa agama Islam di Rusia sudah wujud berpuluh tahunnya.

Berminat Melanjutkan Pengajian Di Rusia

Mendaftar Bersama Daulah Educonsult

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here