Makanan Indonesia mempunyai sedikit persamaan dengan makanan dari Malaysia. Ianya bukan sahaja enak dimakan, malah mudah untuk menyediakannya.

Deenamik ingin berkongsi beberapa makanan dari Indonesia yang pasti buat anda lapar dan terliur.

#Nasi Ayam Penyet

hidangan ini berasal dari daerah Jawa Timur, Indonesia. Hidangan ini dilengkapi dengan  tempe yang direndam dalam air sup, garam dan ketumbar. Kemudiannya, tempe tersebut digoreng dan dimakn bersama dengan sambal.

Terdapat juga tauhu goreng, ulaman serta ayam goreng. Nasi ayam penyet begitu popular di seluruh pelosok Indonesia.

#Nasi Tumpeng

Merupakan hidangan nasi bersama lauk pauk yang yang disajikan dalam bentuk kon. Nasinya adalah berwarna kuning.

Hidangan ini kebiasaannya didapati semasa majlis kenduri atau sambutan perayaan. Hidangan ini dihidangkan di dalam bekas bulat tradisional yang diperbuat dari anyaman buluh.

Lauk pauknya pula terdiri daripada campuran 7 jenis lauk yang berbeza.

#Bakso

Bakso terdiri dari bebola daging sama ada lembu atau ayam malah terdapat juga kombinasi keduanya.

BACA JUGA :   AIRFORCE THE MOVIE: SELAGI BERNYAWA

Kuah sup dan mee menjadi pelengkap kepada hidangan ini. Bakso enak dimakan bersama sambal kicap yang pasti membangkitkan selera.

#Sate

Sate adalah hirisan daging yang dicucuk dengan lidi dan kemudiannya dibakar di atas bara arang. Ianya diperbuat dari daging ayam, lembu, kambing malah arnab.

Sate akan diperap dengan bahan-bahan perapan terlebih dahulu sebelum dibakar. Sate kebiasannya dinikmati bersama nasi impit, hirisan timun dan bawang serta kuah kacang yang enak.

#Gado-Gado

Gado-gado adalah salad bagi warga Indonesia. Ianya terdiri dari sayur kubis, lobak merah, kangkung, bayam yang direbus terlebih dahulu.

Sayuran ini dihidang bersama tauhu goreng, tempe dan lontong atau ketupat.

#Soto

Antara soto yang terkenal di Indonesia adalah soto Betawi, soto Makassar, soto ayam, soto daging dan soto perut lembu.

Keunikan rempah yang digunakan menghasilkan soto yang sangat enak dan kaya dengan rempah. Tambahan ia turut dilengkap dengan sayur kubis, lobak merah, bihun, ayam, kambing dan daging.

BACA JUGA :   Hukum Umrah Bagi Golongan Transgender

Soto turut ditaburi dengan bawang goreng, sambal kicap dan perahan limau nipis.

Berikut adalah beberapa makanan khas Indonesia yang mempunyai kemiripan dengan makanan di Malaysia. Di Malaysia, tidak susah untuk menjumpai makanan Indonesia kerana terdapat banyak lambakan restoran berkonsep Indonesia yang dibuka.

Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Indonesia

Mendaftar Bersama Daulah Educonsult

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here