Masjid adalah tempat ibadah bagi orang Islam. Tambahan masjid juga berperanan tempat pembinaan ruhiyyah, tempat pengajaran dan latihan dan juga tempat untuk menyemarakkan sosial masyarakat.
Seni bina masjid yang indah bukan sahaja menjadi tarikan bagi masyarakat Muslim, namun orang bukan Islam juga. Masjid juga boleh menjadi satu destinasi pelancongan.
Masjid Al-Irsyad, Bandung
Masjid berbentuk kubus ini dibina pada tahun 2009 yang terinspirasi dari Kaabah di Masjidil Haram. Rekaan dalaman masjid ini menggunakan blok-blok dengan celahan yang boleh dilihat dari luar seperti kaligrafi kalimah syahadah.
Celahan blok-blok tersebut berfungsi sebagai lubang udara. Masjid ini mampu menampung jemaah kira-kira 1500 jemaah pada satu masa.
Disebabkan reka bentuk yang unik, masjid ini mndapat pengiktirafan sebagai Top 5 World Best Relegious Bulding pada tahun 2010.
Masjid Turen Tibang, Malang
Merupakan sebahagian dari pesantren (sekolah berasrama) di Turen Kabupaten Malang. Turut digelar “Masjid Ajaib” kerana memiliki 11 tingkat tetapi dibina dalam waktu yang singkat.
Masjid ini menjalankan sesi pembelajaran dengan dilengkapi dengan kedai-kedai yang menjual makanan ringan, peralatan ibadah, cenderamata dan sebagainya.
Masjid Amirul Mukminin, Makassar
Masjid yang berkonsepkan masjid terapung ini terletak di Makassar dan merupakan masjid pertama di Indonesia yang “terapung”.
Masjid yang berkubah biru ini mempunyai 3 tingkat dan dapat menampung seramai 500 jemaah pada satu-satu masa.
Masjid Raya Sumatera Barat, Padang
Masjid terbesar di Sumatera Barat ini mempunyai seni bina yang sangat unik. Ianya terdiri daripada 3 simbol iaitu sumber mata air, bulan sabit dan Rumah Gadang.
Bahagian atapnya pula melambangkan hamparan kain yang digunakan ketika membawa Hajar Aswad. Tambahan, pembinaan masjid ini adalah berdasarkan ketahanannya terhadap bencana gempa bumi.
Rakyat Indonesia majoriti adalah beragama Islam. Saban tahun ramai pelancong dari luar yang datang melancong ke Indonesia.
Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Indonesia Dalam Pengajian Islam
Mendaftar Bersama Daulah Educonsult
Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)