Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan kursus latihan wajib selama tiga bulan. Program ini wajib kepada mereka yang terpilih yang berumur 17 dan ke atas.

Namun PLKN telah dimansuhkan pada tahun 2018 dan kerajaan akan menggantikannya dengan program yang lebih baik.

Tidak semua negara di dunia mengamalkan program sebegini. Namun terdapat juga beberapa negara di Asia yang mewajibkan program ini dan tempoh latihan yang berbeza.

Kali ini Deenamik ingin berkongsi mengenai lima negara yang mewajibkan program latihan khidmat negara.

Teruskan membaca!

#Korea Selatan

Korea Selatan telah mewajibkan semua lelaki yang berusia antara 18 hingga 35 tahun untuk mengikuti program ini. Program ini telah diwujudkan sejak tahun 1957.

Namun, program ini sendiri tidak disenangi oleh rakyat Korea Selatan kerana menyukarkan mereka yang sudah mempunyai karier untuk berhenti kerja.

Kebiasaannya, pelajar di negara tersebut akan menghabiskan sekolah menengah terlebih dahulu. Kemudian mereka akan mendaftar ke pusat pengajian tinggi dan belajar selama setahun atau 2 tahun sebelum mendaftar program latihan khidmat negara.

Namun, tempoh latihan adalah berbeza bergantung kepada bidang ketenteraan yang dipilih. Paling minimum adalah 2 tahun.

Rakyat Korea Selatan diberi pilihan jika tidak mahu mengikuti latihan khidmat negara tersebut. Mereka boleh melakukan khidmat sosial selama 2 tahun, 2 tahun 10 bulan untuk khidmat latihan industri.

Bagi penyelidik, peguam dan ahli veterinar pula adalah selama 3 tahun. Namun pengecualian diberikan kepada pemenang pingat sukan Olimpik, Sukan Asia, pemain biola, piano dan ballet.

BACA JUGA :   Jom belajar di Madrasah Daulah & Maahad Buuth Islamiyyah

#Taiwan

Diperkenalkan pada tahun 1951 bertujuan untuk melatih anak muda menentang Jepun. Awalnya, tempoh masa selama 2 tahun diperkenalkan sebelum dipendekkan menjadi 22 bulan sahaja.

Namun pemuda yang berusia 19 adalah dianggap sudah mendftar secara rasmi. Namun mereka boleh memilih untuk menyertai bidang pilihan sendiri.

Misalnya berkhidmat dengan tentera, menyertai pasukan perkhidmatan awam atau melakukan perkhidmatan alternatif.

Setiap program yang dipilih mempunyai tempoh masa yang berbeza dan latihan ketenteraan mempunyai masa yang tersingkat. 

#Filipina

Kerajaan Filipina memperkenalkan “National Service Training Programme” (NSTP) pada tahun 2001.

Menawarkan 3 jenis kursus yang perlu ditamatkan dalam tempoh 2 semester dan wajib kepada pelajar peringkat tertiari.

Program ini terbuka kepada golongan lelaki sahaja dan pelajar yang tidak menamatkan kursus ini dianggap tidak layak menamatkan pengajian.

Tiga kursus yang menjadi pilihan termasuklah Program Latihan Pegawai Simpanan (ROTC) yang bersifat ketenteraan, melatih pelajar kemahiran peperangan. Selain itu Program Latihan Kebajikan Awam (CWTS) iaitu pelajar didedahkan dengan ilmu kemahiran melindungi masyarakat dan Program Latihan Literasi (LTS). Program ini melatih pelajar untuk membaca dan mengira dan meningkatkan kemahiran mereka.

#Singapura

Singapura mewujudkan program latiha khidmat negara ini sejak tahun 1967 dan wajib kepada semua lelaki yang berusia 18 tahun.

Mereka diberi pilihan untuk mendaftar sama ada dengan Tentera Singapura, Pasukan Pertahanan Awam atau Pasukan Polis Singapura.

BACA JUGA :   Syarat Kelayakan Sambung Pengajian Ke Universiti Di RUSIA

Tempoh perkhidamtan adalah selama 2 tahun dan mereka juga perlu menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh Kemeterian Pertahanan Singapura hingga berumur 50 tahun.

#Brunei

Program Khidmat Bakti Brunei mempunyai kesamaan dengan program latihan khidmat negara di Malaysia.

Program ini adalah bertujuan untuk membentuk sahsiah dan program ini bersifat sukarela terbuka untuk lelaki berusia 16 hingga 21 tahun.

Tambahan, mereka boleh memilih untuk menyertai program selama 3 bulan dan terdapat syarat yang perlu dipatuhi.

Program latihan khidmat negara sebenarnya bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme dalam diri rakyat untuk lebih sayang akan negara.

Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Luar Negara

Mendaftar Bersama Daulah Educonsult

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

Dapatkan Buku Dengan Diskaun Luar Biasa

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here