Nikmati Penginapan Nyaman Ketika Melancong Ke Bogor

0
919

Bogor sangat terkenal dengan keindahan alam dan suasananya yang nyaman dan menyegarkan. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan ketika anda melancong ke Bogor.

Ketika anda melancong, tempat penginapan adalah paling perlu dan wajib kerana ketika sudah penat berjalan kesana sini, anda pastinya memerlukan tempat rehat yang selesa.

Deenamik ingin berkongsi beberapa hotel yang berdekatan di sekitar Bogor untuk anda diami.

The Melchior Hotel

Hotel ini dilengkapi dengan restoran, kaunter pertanyaan, perkhidmatan bilik dan juga WiFi yang percuma. Tambahan, hotel ini mempunyai bilik keluarga.

Antara destinasi menarik yang berdekatan dengan hotel ini adalah Muzium Zoologi Bogor, Muzium Etnobotany Indonesia dan Istana Bogor.

Kirana Guest House Bogor

Menawarkan penginapan dengan akses WiFi yang percuma, penyaman udara, basikal percuma dan juga akses ke taman dengan kolam renang.

Tambahan, ianya turut dilengkapi dengan tempat letak kenderaan peribadi secara percuma. Jungle Land Adventure Theme Park adalah yang paling dekat iaitu kira-kira 15km.

BACA JUGA :   Peluang Sambung Belajar Luar Negara - Kemasukan September 2021

Lapangan terbang terdekat adalah Lapngan Terbang Halim Perdanakusuma iaitu kira-kira 47km dari penginapan.

Gio Guest House

Menawarkan konsepn berteres, hotel ini terletak tidak jauh dari Terminal Bas Baranangsiang. Semua bilik di rumah tetamu dilengkapi dengan TV beserta saluran.

Istana Bogor terletak kira-kira 1.8km manakala Muzium Presiden Balai Kirti pula 1.9km dari hotel ini.

Lapangan terbang terdekat adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Halim Perdanakusuma.

Zest Hotel Bogor

Terletak hanya 5 minit memandu dari Istana Presiden Bogor. Hotel ini menawarkan penginapan yang serba moden dengan akses WiFi yang percuma.

Perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta Jakarta memakan masa hampir 2 jam.

Setiap bilik di hotel ini dilengkapi dengan TV berskrin rata. Perkhidmtan simpanan bagasi dan pengemasan harian disediakan secara percuma.

BACA JUGA :   Kemasukan Ke Al-Azhar Menerusi Madrasah Daulah & Maahad Buuth

Bagi anda yang berhajat melanjutkan pengajian ke Bogor dalam bidang veterinar, Institut Pertanian Bogor adalah pilihan yang tepat.

Mendaftarlah bersama Daulah Educonsult kerana mereka sedang membuka tawaran bagi sesi 2020 bagi kemasukan ke luar negara.

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here