Bidang kejuruteraan adalah satu kerjaya yang memerlukan kepakaran yang sangat tinggi. Tambahan pelajar juga perlu melalui proses pembelajaran untuk mendapatkan ijazah dalam kejuruteraan kerana proses pembelajarannya bukanlah mudah.

Tambahan, pekerjaan sebagai jurutera sedang berkembang pesat dan juga mempunyai peluang yang cerah dalam dunia global masa kini.

Bagi anda yang bercita-cita untuk menjadi seorang jurutera dalam pelbagai bidang, cepatlah rebut peluang ini.

Daulah Educonsult sedang membuka tawaran sambung belajar ke luar negara dalam bidang kejuruteraan di Poland dan juga Rusia.

Kali ini Deenamik ingin berkongsi mengenai beberapa pekerjaan yang sesuai dalam bidang kejuruteraan.

#Kejuruteraan Kimia

Kerjaya ini kebyakannya terlibat dalam bahagian cari gali minyak. Namun, bukan hanya terbatas di bahagian kejuruteraan sahaja, malahan juga sesuai di bahagian industri pemprosesan produk yang digunakan pada setiap hari. Misalnya seperti ubatan-ubatan, sabun dan juga makanan.

Skop kerja adalah mengaplikasikan ilmu sains dalam menginovasikan proses-proses dan prosuk-produk seharian. Tambahan, menukarkan bahan-bahan kimia mentah kepada produk yang digunakan pada setiap hari seperti proses pembuatan sabun dari minyak kelapa sawit.

#Kejuruteraan Elektronik

Kerjaya ini merupakan pecahan bidang kejuruteraan elektrik kerana kursus ini memerlukan untuk menghasilkan produk yang diguna pakai pada hari ini.

BACA JUGA :   3 Tempat Unik Di Indonesia Yang Pasti Anda Menyesal Jika Tidak Kunjungi

Disebabkan oleh berkembangnya teknologi seperti penghasilan telefon pintar touchscreen, pekerjaan dalam bidang ini semakin mendapat permintaan yang tinggi.

Kerjaya ini juga mendapat peluang yang cerah dan mampu untuk memajukan ekonom dan juga pembangunan negara.

#Kejuruteraan Awam

Kerjaya ini melibatkan proses mereka, pembinaan dan juga penyelenggaraan bangunan-bangunan yang tersegam indah pada hari ini.

Banyak syarikat yang memerlukan kepakaran ini dan bukan sahaja tertakluk kepada rekaan bangunan semata-mata. Tetapi tertakluk kepada jalan raya, pengangkutan awam, jambatan dan banyak lagi.

Hal ini secara tidak langsung menambahkan nilai permintaan bagi mereka yang mempunyai kepakaran dalam kerjaya kejuruteraan awam.

#Kejuruteraan Elektrik

Elektrik adalah keperluan asas pada zaman sekarang. Kipas dan lampu yang dinyalakan memerlukan bekalan elektrik yang cukup. Ianya adalah tanggungjawab jurutera elektrik untuk memastikan elektrik ini berfungsi.

Permintaan dalam kerjaya ini terus meningkat selaras dengan arus perkembangan teknologi dan negara yang pesat membangun.

#Kejuruteraan Mekanikal

Bidang ini adalah bidang yang sangat popular dalam kalangan para pelajar. Hal ini demikian kerana wujud fleksibiliti graduan boleh bekerja dalam bekerja dalam industri yang berbeza.

BACA JUGA :   Daulah Educonsult, konsultan pelajar yang berdedikasi tinggi

Pelajar yang melanjutkan pengajian dalam bidang ini boleh mendapatkan pekerjaan dalam industri penerbangan, automotif dan lain-lain. Tambahan, jurutera mekanikal sangat diperlukan dimana-mana sahaja bukan hanya terhad kepada pembuatn kapal terbang sahaja tetapi juga untuk membuat cakera keras.

Daulah Educonsult menawarkan pengajian dalam bidang kejuruteraan dan sedang membuka pendaftaran bagi sesi tahun 2020.

Universiti Di Rusia

Moscow Aviation Institute

Universiti Di Poland

Warsaw University Of Technology

Jika anda berminat untuk melanjutkan pengajian, boleh mendaftar dengan segera bersama Daulah Educonsult di laman web rasmi mereka.

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

 

 

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here