Penipuan dalam talian merupakan isu yang sangat besar dalam masyarakat kita. Oleh itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengambil beberapa langkah untuk megadakan kempen untuk atasi penipuan ini.

 

Walaupun telah banyak kisah mengenai penipuan ini tersebar, namun masyarakat kita masih lagi memandang ringan perkara ini. Anda perlu sentiasa peka kerana anda mungkin mangsa yang seterusnya!

 

 

Oleh itu, Denamik ingin berkongsi beberapa tanda amaran yang perlu diambil kira jika penipuan jenis ini berlaku.

Pemberi Pinjaman Tidak Kisah Sejarah Kad Kredit Anda

Terdapat lambakan iklan seperti “Pinjaman Ini Untuk Anda, Kami Tidak Peduli Tentang Kredit Anda” dan setarafnya. Anda perlu berhati-hati kerana terdapat unsur-unsur penipuan yang bakal berlaku.

 

Syarikat yang sah hanya akan meluluskan pinjaman selepas mereka menilai sejarah kad kredit peminjam. Tambahan, mereka juga akan mengesahkan kesahihan maklumat dalam borang permohonan.

BACA JUGA :   The Future of Transportation: Exploring Electric and Hydrogen-Powered Vehicles

Bayaran Pendahuluan

Anda perlu berhati-hati apabila peminjam memberikan fi permohonan terlebih dahulu. Dalam kebanyakan kes, pemberi pinjaman yangb tidak sah akan meminta peminjam membayar apa-apa sebelum peminjam menerima pinjaman.

 

Pemberi pinjaman akan memberitahu peminjam bahawa bayaran pendahuluan diperlukan untuk memudah proses peminjaman berlaku.

Digesa Untuk Bertindak Segera

Pemberi Pinjam yang tidak sah akan mendesak anda untk memberikan maklumat peribadi atau wang dengan kadar segera.

Jika ini berlaku, anda perlu meminta kertas kerja dan meneliti semula perjanjian sebelum melakukan permohonan terutama jika ianya melbatkan wang.

Meminta Maklumat Peribadi

Jangan sesekali memberikan maklumat kad kredit atau akaun bank anda melalui telefon atau atas talian tanpa usul periksa.

Anda perlu menapis terlebih dahulu dari mana datang panggilan tersebut dna juga sebab maklumat tersebut diminta. 

BACA JUGA :   "JANGAN BAGI BUNGA KUNING" - KENALI BUDAYA PELIK DI RUSIA

Oleh itu, jika anda terjebak dalam situasi sebegini, anda perlu fikir dengan matang dan lakukan keputusan dengan bernas.

Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Luar Negara

Mendaftar Bersama Daulah Educonsult

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

 

 

 

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here