Anda berminat melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan, farmasi dan pergigian. Namun tidak mahu belajar terlalu jauh dari keluarga? Jangan risau, Daulah Educonsult ada membuka tawaran untuk para pelajar yang berminat melanjutkan pelajaran dalam bidang tersebut.

Edisi kali ini, Deenamik ingin berkongsi mengenai satu universiti di Indonesia yang menyediakan bidang pengajian perubatan, farmasi dan pergigian.

Universitas Padjadjaran (UNPAD)

UNPAD dibina untuk memenuhi keperluan pendidikan rakyat di Jawa Barat. Kerajaan mahukan sebuah pusat pendidikan dengan pelbagai kumpulan pengetahuan.

Universiti ini dirasmikan oleh Presiden Soekarno pada 24 September 1957. Lokasinya adalah di Kecamatan Jatinangor, Kabupaten Sumedang, Bandung.

UNPAD menduduki tangga ke-4 di Indonesia dan terdapat ramai alumni yang hebat lahir dari universiti ini.

Universiti ini mempunyai 17 buah fakulti seperti fakulti pergigian, farmasi, perubatan, undang-undang, komunikasi dan banyak lagi. UNPAD merupakan universiti yang sesuai untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan dan setaraf.

Fakulti Pergigian

Fakulti Perubatan

Kelebihan Belajar Di UNPAD

Salah Satu Universiti Terbaik di Indonesia.

Terkenal sebagais alahs atu universiti yang mempunyai banyak pencapaian dan anugerah dalam menyertai pertandingan peringkat antarabangsa.

BACA JUGA :   Medan, Indonesia: Menikmati Keindahan Alam dan Kekayaan Budaya

Oleh itu, peluang untuk bersaing dalam arena kebangsaan dan antarabangsa sangat tinggi di sini.

Kos Sara Hidup Yang Rendah

Di sini, anda masih akan menjumpai sarapan pagi dengan harga hanya Rp10-20 ribu seperti bubur ayam dan kari.

Namun, jika anda ingin memasak terdapat juga banyak pasar tradisi yang wujud di sekitar UNPAD. Pasarnya juga bersih dan selesa. Tambahan, makanan halal juga mudah didapati.

Tambahan, jika anda jatuh sakit atau berasa kurang sihat, terdapat klinik yang disediakan di UNPAD untuk para pelajar. Harga diskaun akan dikenakan kepada pelajar.

Suhu Bandung Yang Nyaman Dan Sejuk

Kesejukan dan keindahan kota Bandung sangat memikat hati. Hal ini kerana Bandung di kelilingi oleh gunung dan bukit dari segala arah.

Terdapat juga beberapa tempat menarik dan taman tema yang terdapat di Bandung yang boleh dikunjungi.

Dikelilingi Oleh Lokasi Pelancongan Dan Syurga Makanan

Jika anda seorang pecinta alam semula jadi, terdapat banyak bukit dan gunung yang boleh didaki seperti Rancaupas Ciwidey, Malabar, Rakutak, Patuha dan banyak lagi.

BACA JUGA :   7 Perkara Menarik Tentang Rusia

Terdapat juga banyak makanan yang sangat sedap, halal, mudah didapati dan juga halal. Terdapat banyak makanan yang sedap di andung seperti seblak, satey, rendang, cilok dan banyak lagi.

Restoran dan kedai-kedai makan juga terdapat yang menggunakan tema yang unik dan pelbagai. Ianya juga mempunyai konsep yang pelbagai dan sesuai untuk anda yang gemar ber”ootd”.

Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Indonesia

Mendaftar Bersama Daulah Educonsult

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here