Khinzir merupakan antara salah satu haiwan yang diharamkan di dalam Islam. Dagingnya juga diharamkan untuk dimakan.

Ianya sudah dijelaskan di dalam satu firman Allah di dalm al-QUran iaitu “Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, darah khinzir, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah.” (QS.Al Maaidah:3)

Walaupun Malaysia mempunyai majoriti rakyat beragama Islam, namun Malaysia adalah negara yang terdiri dari berbilang kaum.

Jangan mudah terpedaya dengan tanda halal yang dipamerkan di restoran. Anda juga perlu ilmu jika tidak mahu tersilap langkah.

Teruskan membaca kerana Deenamik akan berkongsi dengan anda mengenai nama-nama hidangan atau istilah khinzir dalam hidangan.

Pork

Istilah ini banyak kerap dijumpai. Kebanyakanj kedai di Malaysia yang menghidangkan pork ini akan meletakkan simbol non-halal di pintu masuk.

Bak Kut Teh

Merupakan menu yang agak popular yang menghidangkan daging khinzir di Malaysia dan Singapura. Hidangan ini kebiasaannya dilengkapi dengan tulang rusuk khinzir dan juga campuran herba.

BACA JUGA :   Sentuh Anjing : Ramai Masyarakat Kita Lebih Tahu Dari Faham

Bacon

Bacon merupakanhurusan daging khinzir yang disalai. Kebiasaannya dihidangkan bersama dengan burger, sandwic dan lain-lain yang agak popular dengan masyarakat bukan Islam di luar negara.

Anda perlu berhati-hati ketika menikmati burger mahupun sandwic di luar negara kerana dikhuatiri mengandungi bahan terlarang tersebut.

Swine

Swine digunakan bagi khinzir yang dibela. Ia membawa maksud yang sama dengan hog dan pig. Dagingnya yang dimakan pula dipanggil pork.

Char Siu

Berasal dari perkataan Cina yang merujuk kepada daging khinzir panggang atau barbeku. Kebiasaannya berwarna merah muda.

Cu Nyuk

Hidangan makanan kaum Cina ini terdapat banyak di negara jiran, Indonesia. Ia selalu dihidangkan bersama dengan bubur.

Yakibuta

Dihidangkan dalam bentuk potongan daging. Yakbuta adalah istilah Jepun dan membawa maksud yang sama dengan braised pork. Ianya selalu dihidangkan bersama dengan ramen.

Dwaeji

Daging khinzir disebut sebagai dwaeji dalam bahasa Korea. Ia banyak ditemukan di dalam menu seperti bulgogi atau galbi.

Di Malaysia, terdapat banyak restoran Korea, namun tidak kesemuanya adalah halal. Jadi, anda perlu pastikan dengan teliti sebelum menikmati hidangan tersebut.

BACA JUGA :   Vape Bakal Diharamkan Di Singapura Bermula Februari

Tonkatsu

Tonkatsu berasal dari perkataan Jepun yang membawa maksud “tulang khinzir” . Kebiasaannya dinikmati bersama dengan kauh ramen yang diperbuat dari campuran lemak atau tulang khinzir.

Kepada penggemar ramen, anda dinasihatkan supaya berhati-hati dengan memeriksa menu terlebih dahulu sebelum membuat pesanan.

Ham

Ham adalah daging khinzir daripada bahagian potongan kaki yang telah diawet atau disalai. Kebiasaannya dihidangkan dalam potongan itu sendiri atau dalam bentuk hirisan di dalam sandwic.

 

Berikut merupakan antara istilah-istilah yang terdapat dalam makanan yang mengandungi daging khinzir. Namun, sebagai orang Islam, kita tidak akan lari dari perasaan ragu-ragu. Oleh itu, selidiki dengan teliti sebelum menikmati hidangan tersebut.

 

 

 

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here