Buat vapers di luar sana, anda tidak lagi dibenarkan untuk vape di Singapura selepas ini. Kerajaan Singapura secara rasminya telah mengumumkan pengharaman bahan berunsurkan tembakau seperti rokok, shisha dan rokok elektronik (vape).

vape

Loading...

Larangan ini sudah berkuat kuasa bermula 1 Febuari 2018 yang lalu. Ianya akan menjadi sesuatu yang menyalahi undang-undang bagi sesiapa sahaja yang membeli, menggunakan dan memiliki apa sahaja produk berasaskan tembakau. Shisha dan tembakau kunyah juga tidak lagi dibenarkan di Singapura.

Akta Tembakau (Kawalan Iklan dan Penjualan) sebelum ini hanya mengharamkan pengimportan, penjualan dan pengedaran produk tersebut tetapi kini ianya lebih menyeluruh. Polis kini boleh menangkap anda dan jika sabit kesalahan, anda boleh didenda sehingga SGD2,000 (RM5890+-)

vape

Pindaan ini dibuat oleh Kementerian Kesihatan Singapura bagi tujuan untuk mengurangkan jumlah perokok di Singapura. Umur minima untuk perokok juga akan dinaikkan ke umur 19 tahun tahun hadapan di Singapura.

BACA JUGA :   7 Kedai Makanan Halal Di Singapura Yang Patut Anda Kunjungi

Selain itu, sebab diharamkan vape di Singapura adalah sebagai langkah awal pencergahan peningkatan jumlah vipers. Vape atau e-rokok mungkin boleh menyebabkan kanser dan penyakit jantung. Walaupun jumlah kandungan nakotin dalam vape sedikit, namun, menurut kajian sekumpulan pakar yang mengkaji kesan e-rokok terhadap tikus dan sel manusia, nikotin yang disedut daripada e-rokok boleh bertukar menjadi kimia yang boleh merosakkan DNA pada jantung, paru-paru, pundi kencing dan melambatkan mekanisme pembaikan genetik badan.

Moon-Shong Tang, profesor perubatan alam sekitar di Universiti New York (NYU) telah melakukan kajian dengan mendedahkan tikus berkenaan kepada wap e-rokok selama tiga jam sehari, lima hari seminggu selama tiga bulan.Selepas tiga bulan, Tang mendapati terdapat kerosakan DNA pada hati, paru-paru dan pundi kencing tikus berkenaan selepas terdedah kepada wap daripada e-rokok. Walaupun kajian kesan vaping dilakukan pada seekor tikus, namun kesan yang sama mungkin boleh terjadi kepada manusia.

BACA JUGA :   Pertubuhan Ahli Sunnah Wal-Jamaah Malaysia (Aswaja) Puji Tindakan Sultan Johor Haramkan Penceramah Berfahaman Wahabbi Dan Menyeleweng

vape

Oleh itu, bagi pengemar Vapers diluar sana, pastikan anda tidak membawa atau menghisap vape di Singapura selepas ini.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

sumber: Vocket

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here