Apa yang anda bayangkan jika Malaysia kini menduduki tangga ke-9 dalam penggunaan media sosial. Dengan kemajuan yang dicapai sehingga hari ini, setiap hari rakyat Malaysia dilihat meluangkan masa di media sosial selama tiga jam.

 

Statistik pengguna Internet di negara ini dilihat melonjak kepada 25.08 juta yang mewakili 79 peratus berbanding pada tahun sebelumnya.

Kajian statistik tersebut diperolehi daripada Laporan Digital 2018 yang dikeluarkan Hootsuit dan We Are Social.

media sosial

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan menunjukkan peratusan meningkat sebanyak sembilan peratus berbanding tahun sebelumnya. Menempatkan Malaysia sebagai negara ke-9 paling aktif di laman social.

Wah negara kita kini telah mendahului negara-negara lain. Walaupun begitu, rakyat Malaysia haruslah menggunakan masa di laman sosial untuk perkara bermanfaat, seperti mencari maklumat dan melihat perkembangan semasa melalui perkongsian yang dibuat.

Malaysia juga dilihat berada pada tangga ke-5 dunia dari segi penggunaan e-dagang terbanyak dengan 40 peratus penduduk Malaysia membuat transaksi atas talian.

media sosial
gambar hiasan

Laporan dikeluarkan untuk kali ketujuh dan dilihat sebanyak 4 bilion pengguna internet di seluruh dunia.

Dalam 12 bulan yang lalu dilihat ia meningkat kepada tujuh peratus, mewakili 53 peratus daripada populasi seluruh dunia. Secara global didapati mencecah sebanyak 3.196 bilion pengguna, meningkat 13 peratus sejak 12 bulan.

Seterusnya, pengguna media social secara mudah alih pula meningkat 14 peratus berbanding tahun lepas kepada 2.958 bilion pengguna mewakili 93 peratus yang mengakses di media sosial menggunakan telefon pintar.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

BACA JUGA :   Bekas CEO Malaysia Airlines Ini Perlu Bayar Pampasan Berjumlah 4 Bulan Gaji Kerana Tidak Patuh Syarat Letak Jawatan

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

sumber : awani

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here