Kisah Lelaki Membela Buaya 

Terdapat segelintir dari kita yang mempunyai keberanian untuk mendekati haiwan liar dan ada antara kita yang sanggup memeliharanya sebagai haiwan peliharaan.

Buaya

Loading...

Jika sayalah, berani atau tidak, saya tidak akan memelihara haiwan liar sebagai haiwan peliharaan. Akan tetapi berbeza dengan seorang lelaki dari Indonesia ini.

Tidak Gentar Dengan Buaya

Muhammad Iwan, 41 menjadikan seekor buaya seberat 200 kilogram (kg) sebagai haiwan kesayangan dan memeliharanya di dalam rumah. Wah, siap peliharanya dalam rumah!

Buaya

Menurutnya, dia membeli buaya itu ketika ia masih kecil dengan harga £1.31 (RM7.20) daripada seorang nelayan yang menangkapnya di Pantai Pangandaran pada 1997.

Iwan juga memandikan haiwan sepanjang 2.64 meter yang dinamakan Kojek itu di pekarangan rumahnya di Daerah Sempur, Jawa Barat, sementara anaknya berusia dua dan 10 tahun bermain hanya beberapa meter jauhnya.

BACA JUGA :   Rakyat Malaysia Paling Ramai Melancong Ke Sumatera Barat

Menurut Iwan, buaya berusia 21 tahun itu benar-benar jinak dan tidak akan menyerang anak-anaknya.

Buaya

Ketika Iwan kali pertama membeli Kojek, ia hanya sepanjang 25 sentimeter dan hidup selesa di dalam akuarium bersaiz sederhana selain hanya diberikan makan ikan kap.

Apabila ia semakin membesar, Iwan membelanjakan kira-kira £2.61 (RM14.30) seminggu bagi membeli ikan emas segar dan memberikan antara 1.5 kg hingga 5 kg ikan kepada Kojek setiap hari.

Kisah Kojak Tular Di Media Sosial

Selepas kisah mengenainya tular di media sosial, pelancong dari Amerika, Australia dan Eropah berpusu-pusu datang ke rumah Iwan bagi melihat sendiri reptilia berkenaan.

“Ketika Kojek masih kecil, ia agresif, malah pernah menggigit jari saya. Selepas memeliharanya di rumah ia menjadi jinak”

BACA JUGA :   Setelah Uber Dijual, Go-Jek Pula Naik Menjadi Pesaing Utama Grab

“Kojak memang nampak menakutkan, tetapi suka berinteraksi dengan manusia. Saya sukakan buaya dan mengambil berat terhadap Kojek. Mungkin ia menganggap saya bapanya. Dia haiwan yang baik”.

Buaya

Tambahnya, dia akan membersihkan kolam haiwan itu seminggu sekali bagi menjaga kebersihan selain memberus kulit serta giginya.

Bapa dua anak itu mendedahkan, dia pernah ditawarkan sehingga £52,300 (RM290,000) untuk menjual Kojek. Walaubagaimanapun, Iwan sudah menganggap haiwan kesayangannya itu sebahagian daripada keluarganya dan tidak akan menjualnya dengan sebarang harga sekalipun.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here