Bangladesh merupakan negara yang terletak di rantau Asia dan mempunyai kepadatan penduduk yang ramai. Bangladesh juga menduduki tangga yang ke-8 dalam senarai negara yang mempunyai populasi yang ramai didunia.
Berikut merupakan fakta tentang negara yang diberi nama Bangladesh. Yang pertama ialah Bangladesh mempunyai pantai terpanjang di dunia iaitu Cox Bazar. Pantai ini adalah sepanjang 120 kilometer dan menjadi tempat yang sering dikunjungi oleh pelancong dari semasa ke semasa.
Seterusnya, di Bangladesh, penggunaan tangan kiri untuk makan atau mengagihkan makanan kepada orang lain dianggap kurang sopan. Sama juga seperti memberi kad bisnes kepada orang lain dengan menggunakan tangan kiri.
Bangladesh juga dikenali sebagai negara “Agraria”. Hal ini kerana, lebih daripada separuh populasi di Bangladesh menjalankan aktiviti pertanian sebagai sumber untuk menyara hidup mereka.
Seperti negara-negara yang lain, Bangladesh juga mempunyai sukan kegemaran rakyat mereka iaitu kriket. Semasa Piala Dunia pada tahun 1999, pasukan Bangladesh berjaya meraih “Test Status” yang merupakan suatu kebanggaan bagi mereka yang terlibat dalam sukan kriket. Bangladesh juga dikenali sebagai negara yang mempunyai teluk terbesar di dunia iaitu Teluk Bengal. Teluk ini berukuran 2,172,200 kilometer persegi.
Anda berminat untuk sambung belajar di luar negara?. Daulah Educosult bersedia membantu anda!
Daulah Educonsult bersedia memberikan khidmat nasihat kepada mereka yang memerlukannya. Dapatkan konsultasi PERCUMA daripada konsultan terlatih kami. Hubungi kami di talian:
Customer Service: 0189624322
Konsultan Athirah: 0183949480
Tuan Syed Fuad: 0132090322