Bandung, Indonesia merupakan syurga buat wanita khususnya mereka yang gemar untuk membeli-belah. Bandung adalah sebuah kota segar dengan hawa yang segar dan sangat kaya dengan destinasi percutian yang unggul di Asia.
Melancong ke Kota Bandung sangat mustahil untuk tidak membeli-belah sama ada untuk diri sendiri atau orang lain. Tidak kurang juga yang mengirimkan barang untuk dibeli. Deenamik ingin mencadangkan 5 pusat beli-belah yang pasti sudah ada dalam senarai itinerari anda.
Teruskan Membaca!
Trans Studio Mall
Trans Studio Mall ini mungkin lagi dikenali dengan taman taman indoor terbesar di Indonesia. Namun, pusat beli-belah ini antara pusat beli-belah yang anda tidak patut abaikan. Terdapat pelbagai kedai berjenama yang tersedia di pusat beli-belah mewah ini. Antaranya seperti Hugo Boss, Salvatore Ferragamo, Furla, Etienne Aigner dan banyak lagi. Anda pasti rambang mata untuk masuk ke kedai yang mana satu!
- Alamat : Jalan Jendral Gatot Subroto No. 289
- Mula Dibuka : 10 pagi hingga 10 malam
Paris Van Java Mall
Semestinya bukan pusat beli-belah biasa-biasa, Paris Van Java Mall adalah pusat membeli-belah dan juga pusat hiburan. Dengan tersedianya kedai berjenama deperti Zara, Mango, Next, Guess, Fossil dan sebagainya, anda akan boleh memilih barangan atau pakaian yang berjenama dan berkualiti tinggi. Disini, terdapat juga kafe dan restoran serta supermarket. Tambahan, terdapat juga pusat karaoke, gelangang meluncur ais, panggung wayang serta mini zoo untuk hiburan bersama keluarga.
- Alamat : Jalan Sukajadi No. 131-139
- Mula Dibuka : 10 pagi hingga 10 malam
Rumah Mode
Terasa tidak lengkap percutian jika tidak berkunjung ke Rumah Mode. Berlokasi berhampiran dengan Paris Van Java Mall, Rumah Mode ini merupakan lokasi panas di Bandung sama ada bagi penduduk tempatan mahu pun luar negara. Menawarkan pelbagai koleksi dan jenama yang sesuai dengan ahli keluarga dari jenama terkenal seperti Zara, GAP dan sebagainya. Disini, anda akan temui variasi pakaian dari pakaian dalam hingga ke jaket parka! Semuannya ada disini.
- Alamat : Jalan Setiabudi, No. 41F, Bandung, Indonesia
- Mula Dibuka : 9.30 pagi hingga 9 malam
23 Paskal
Dilengkapi dengan jenama terkenal seperti Zra, H&M, Guess, Bershka, Stradivarius, Uniqlo dan pelbagai lagi. Jika anda lapar selepas membeli-belah, 23 Paskal ada menyediakan restoran yang high-class dan juga terdapat panggung wayang dan juga pusat karaoke.
- Alamat : Jalan Pasirkalilki No. 25-27
- Mula Dibuka : 10 pagi hingga 10 malam
EST Factory Outlet
Mencari barangan yang berjenama di Bandung? EST Factory Outlet menawarkan produk dan barangan yang berkualiti dari jenama terkenal seperti Doc Martens, Polo, Fred Perry dan banyak lagi. Anda pasti rambang mata kerana terdapat pelbagai pilhan yang terdapat disini.
- Alamat : Jalan Sumatera No.22
- Mula Dibuka : 9.30 pagi hingga 9 malam
Berikut merupakan antara destinasi pelancongan bagi yang ingin membeli-belah dengan kualiti yang tinggi dan berpuas hati. Pastikan anda tidak terlepas mengunjungi pusat membeli-belah yang dicadangkan kerana ianya akan memberi satu pengalaman yang menarik kepada anda.
Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Indonesia
Mendaftar Segera Bersama Daulah Educonsult
Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian
- Customer service 1 :0189624322
- Customer service 2 :0182429322
- Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)