Anda merancang untuk melancong ke Indonesia? Sebelum itu, anda perlu mengkaji sedikit mengenai kebudayaan dan agama negara Indonesia ini. Agama majoriti di Indonesia adalah agama Islam.

Sejarah Dan Asal Usul

Tengkorak Java Man

Sejak zaman dahulu lagi, Indonesia sering didatangi oleh imigran-imigran sama ada untuk menguasai tanah Indonesia atau hanya sekadar melangsungkan hidup. Pada tahun 1890, Eugene Dubois telah menjumpai rangka manusia yang dikenali sebagai “Java Man” di Sangiran, Jawa Tengah, Indonesia.

Negara Yang Menerima Kedatangan Warga Asing

Negara Indonesia pernah dijajahi oleh beberapa kuasa besar. Antaranya ialah orang Belanda. Terdapat juga warga asing yang datang dari India, China, Cambodia, Arab, Britain dan sebagainya. Sektor ekonomi yang pesat menyebabkan mereka datang ke Indonesia untuk berdagang dan dalam masa yang sama meluaskan ajaran agama masing-masing.

Islam, Agama Rasmi Negara Indonesia

Masjid Di Medan

Menurut kajian, terdapat lebih 205 juta rakyat Indonesia yang beragama Islam. Hal ini bermakna Indonesia merupakan negara yang paling ramai penganut agama Islam.

BACA JUGA :   Pendaftaran Ke KSMU Sesi Tahun 2020 Kini Dibuka

Hindu Dan Buddha

Candi Borobudur

Kedua-dua agama ini juga turut dianuti oleh rakyat Indonesia. Orang dari negara India yang beragama Buddha adalah individu pertama yang sampai ke tanah Indonesia pada 1 Masihi. Pada 4 Masihi, agama Hindu mula tersebar di Indonesia khususnya di Jawa dan Sumatera. Candi Borobudur dijumpai sekitar 9 Masihi yang merupakan khazanah terbesar di Indonesia.

Agama Kritian Di Indonesia

Ianya bermula pada tahun 1511 apabila Portugis memulakan serangan mereka di Indonesia dan pada masa yang sama menyebarkan ajaran Katolik. 70 tahun kemudian, Belanda yang datang ke Indonesia untuk mencari rempah ratus turut menyebarkan ajaran Protestan. Agama Kristian terus berkembang sehingga negera Indonesia mencapai kemerdekaan pada tahun 1949.

Indonesia merupakan antara negara yang mengamalkan toleransi beragama terhadap rakyatnya. Konklusinya, Indonesia mengamalkan ajaran Islam, Buddha, Hindu, Kristian dan juga beberapa agama lainnya. Makanan halal dan tempat ibadat juga banyakl terdapat di Indonesia.

BACA JUGA :   Daulah Educonsult Buka Pendaftaran Pengajian Ke Universiti Luar Negara

Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Indonesia

Mendaftar Segera Bersama Daulah Educonsult

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here