Daulah Educonsult adalah sebuah syarikat yang menguruskan pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian yang lebih tinggi dalam bidang yang diminati di luar negara.

Syarikat konsultasi ini ditubuhkan  atas dasar semangat dan keyakinan terhadap dunia pendidikan. Pendidikan adalah satu elemen yang sangat penting dalam kehidupan.

Daulah Educonsult berpegang dengan kepercayaan bahawa pendidikan adalah hak yang wajar dimiliki dan dikongsi semua insan.

Syarikat ini diasaskan oleh Tuan Syed Fuad Syed Othman yang mempunyai pengalaman belajar di Universiti Al-Azhar, Mesir. Berbekalkan dengan pengalaman tersebut, maka berdirilah Daulah Educonsult.

Daulah Educonsult menawarkan pengajian dari peringkat madrasah hingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Antara negara yang ditawarkan adalah seperti negara Poland, Rusia, Mesir, Indonesia, Jordan dan juga Bangladesh.

Bidang pengajian yang ditawarkan juga bervariasi. Antaranya adalah sains kesihatan (perubatan, pergigian, farmasi, veterinar), pengajian Islam, kejuruteraan, perubatan tradisonal Cina, social work/gerontologi dan juga pengurusan perniagaan antarabangsa.

Kebanyakan universiti yang ditawarkan adalah bertaraf antarabangsa dan telah mendapat pengiktirafan dari WHO, KPT, MQA, JPA, MMC, MDC, dan MVA. Jadi anda tidak perlu risau jika pengajian anda tidak diiktiraf.

Daulah Educonsult turut mempunyai program Madrasah Daulah yang menerima pelajar seawal umur 18 tahun hingga 21 tahun sahaja. Madrasah Daulah adala program persediaan untuk pelajar ke Maahad Buuth dan seterusnya ke Universiti Al-Azhar dalm Ijazah Sarjana Muda.

Tambahan, bagi mereka yang berminat untuk belajar bahasa Arab, kursus bahasa Arab turut dibuka iaitu di Jordan dan juga Mesir. Persekitarannya yang bersifat realiti akan memudahkan anda untuk lancar berkomunikasi dalam bahasa Arab.

BACA JUGA :   Lebih 6,000 Permohonan di Aplikasi Gerak Malaysia

Jika anda berminat untuk belajar ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang yang diminati, boleh hubungi Daulah Educonsult di :

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Sesi konsultasi adalah percuma dari para konsultan Daulah Educonsult yang berpengalaman. Kemasukan bagi tahun 2020 sudah dibuka. Daftar segera sementara seat masih ada!

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here