Bangladesh Agaricultural University (BAU) ditubuhkan pada 18 Ogos 1961 dengan dua fakulti iaitu fakulti veterinar dan fakulti pertanian.

Universiti ini terletak kira-kira 120 kilometer dari utara Dhaka iaitu ibukota Bangladesh dan kampus ini berukuran kira-kira 485 hektar.

Asrama pelajar adalah berbeza antara lelaki dan perempuan iaitu lelaki sebanyak 9 buah asrama dan perempuan adalah 4 buah asrama. Terdapat juga kemudahan bas yang disediakan untuk kegunaan pelajar ke kampus.  Terdapat juga taman botani di BAU ini.

Kelengkapan gimnasium dan pusat sukan dipenuhi dengan kemudahan dan peralatan yang terbaik dan berkualiti tinggi. Perpustakan di BAU ini dilengkapi dengan koleksi hampir 1,84,942 naskah rujukan untuk pelajar dan kakitangan staf. Terdapat juga jurnal atas talian, eBooks disediakan untuk kemudahan kajian.

BACA JUGA :   Meneroka dan Belajar di Bumi Rusia

Daulah Educonsult menawarkan bidang veterinar di universiti ini. Antara syarat kemasukan adalah :

  •  TRIAL SPM ➡ Rujuk Konsultan
  •  SPM/IGCSE ➡ minimum lulus dalam semua subjek
  • STPM, Matrikulasi, Asasi, Diploma, setaraf ➡ CGPA min 3.0

Kemasukan adalah pada Januari 2020. Namun anda boleh merujuk kepada konsultan di Daulah Educonsult untuk maklumat lebih lanjut.

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

BACA JUGA :   Jom Sambung Pengajian di Indonesia

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here