Bidang pengajian veterinar masa kini menjadi rebutan para pelajar. Hal ini demikian kerana kerjaya doktor veterinar ternyata membuka peluang pekerjaan yang luas.

Perkhidamatan doktor veterinar penting dalam industri ternakan. Tambahan, turut membantu dalam sektor perubatan yang membabitkan haiwan peliharaan.

Kali ini, Deenamik akan berkongsi beberapa peluang pekerjaan yang terdapat dalam sektor veterinar.

Klinik Haiwan

Sektor ini sangat popular dalam kalangan masyarakat yang mempunya haiwan pelharaan. Mereka sanggup berhabis ribuan ringgit asalkan haiwan peliharaan sembuh seperti sedia kala. Hal ini menjadikan klinik haiwan sebagai pilihan utama doktor veterinar dalam membina kerjaya.

Klinik haiwan juga semakin banyak dan mudah didapati kerana mempunyai persaingan yang agak tinggi.

Ladang Ruminan

Ladang ruminan termasuklah lembu, kambing, biri-biri dan banyak lagi. Di Malaysia, sektor ini tidak begitu tinggi kerana Malaysia masih lagi mengimport daging dari negara luar.

Oleh itu, peratusan untuk doktor veterinar bekerja dalam ladang ruminan adalah sangat tinggi.

Ladang Poultri / Ayam

Bekerja dalam bidang ini, bukan bermakna anda akan bekerja sepanjang masa di ladang ayam. Sektor perladangan ayam ini sangat luas dan tidak terhad hanya kepada ladang ayam sahaja. Tambahan, ayam juga tidak terhad kepada ayam daging sahaja.

BACA JUGA :   Kemasukan Ke Universiti Di Peringkat Ijazah Sarjana Muda Boleh Dimohon Menggunakan Keputusan Percubaan SPM

\Zoo (Hidupan Liar)

Bekerja dalam persekitaran zoo adalah sangat menyeronokkan kerana setiap hari anda akan berjumpa dengan haiwan yang berlainan. Kerjaya di zoo agak mencabar kerana doktor haiwan perlu sentiasa peka dengan setiap haiwan.

Turf Club / Endurance

Bekerja dengan kuda memerlukan mental yang kuat. Hal ini demikian kerana kuda adalah haiwan yang sangat sensitif. Bekerja bersama kuda memerlukan seseorang itu mempunyai kesabaran yang sangat tinggi untuk memahami tingkah laku kuda tersebut.

Akuakultur

Bidang ini masih belum diperluas di Malaysia. Namun sudah berkembang dengan pesat di luar negara. Kerjaya dalam bidang ini sangat menyeronokkan tapi sangat mencabar dalam masa yang sama. Doktor veterinar boleh mencuba nasib bekerja dalam bidang ini.

Syarikat Vaksin Dan Dadah

Setiap haiwan akan dikenkan pengambilan vaksin dan ubata-ubatan untuk mencegah penyakit. Bekerja dalam bidang ini menjanjikan pulangan gaji yang agak besar. Terdapat beberapa syarikat yang agak terkenal seperti Elanco, Glovet dan banyak lagi.

Makmal Penyelidikan

Untuk doktor veterinar, anda juga  sesuai bekerja di makmal penyelidikan untuk tujuan  R&D (Research & Development). Pelbagai kajian dan penyelidikan akan dijalankan dan gaji juga agak lumayan.

BACA JUGA :   Bidang Veterinar Di Institut Pertanian Bogor

Feedmill Company

Syarikat yang membekalkan makanan kepada haiwan ini sangat besar. Terdapat banyak ladang penternakan di Malaysia ini dan kesemua haiwannya makan makanan yang berasakan pellet sebagai makanan tambahan.

Sebenarnya, banyak lagi kerjaya yang boleh diterokai dalam bidang veterinar ini. Kerjaya dalam bidang ini semakin digilai dan diminati ramai.

Berminat melanjutkan pengajian dalam bidang veterinar? Daulah Educonsult menawarkan pengajian dalam bidang ini di negara Bangladesh dan juga di Indonesia.

Daftar segera bagi kemasukan sesi 2020 ini. Tempat adalah terhad.

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here