Mungkin anda pernah terfikir, apa aktiviti menarik yang boleh dilakukan di padang pasir. Mungkin hanya menunggang unta, ditemani dengan hawa panas terik mentari. Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan di gurun padang pasir ini.

Ikuti Deenamik untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai aktiviti menarik yang boleh dilakukan di padang pasir.

Menunggang Unta Dan ATV

Aktiviti menunggang kuda adalah satu aktiviti yang sangat unik. Hal ini demikian kerana unta hanya terdapat di kawasan yang tertentu sahaja. Tambahan, menunggang ATV di kawasan padang pasir yang luas pastinya sangat mencabar. Tambahan dengan bukit-bukit pasir yang pastinya memberi pengalaman baru kepada anda.

Sand Surfing

Meluncur bukan sahaja terhad di air sahaja. Kini, sand surfing merupakan aktiviti popular yang boleh dilakukan di padang pasir. Anda hanya perlukan papan luncur yang sesuai dengan sedikit skil yang mantap. Pasti anda akan berasa seronok dengan aktiviti ini.

Bertentang Mata Dengan Hidupan Liar

Gurun padang pasir sangat terkenal dengan rubah, tikus gurun, desert hedgehog, kala jengking dan banyak lagi. Anda mungkin tidak mahu melepaskan peluang untuk merakamkan gambar mereka. Namun, keselamatan perlulah menjadi perkara utama sepanjang berkunjung ke gurun padang pasir ini.

BACA JUGA :   Daulah Educonsult Menawarkan Pelbagai Pilihan Universiti Luar Negara Yang Mendapat Pengiktirafan MQA

Aktiviti Unggun Api

Suhu di gurun padang pasir pada waktu malam agak sejuk, ditambah ketika anda berkunjung pada musim sejuk. Berganda kesejukannya itu. Unggun api adalah pilihan terbaik untuk memanaskan diri. Terdapat kayu-kayu dan pokok renek yang boleh dijadikan sebagai pembakar unggun api. Anda juga boleh berbbq di bawah langit yang dipenuhi dengan dengan bintang.

Tidur Bertemankan Bintang-Bintang Indah

Pengalaman bermalam di pasang pasir berbumbungkan bintang-bintang yang indah merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Perasaan menyaksikan keajaiban alam ciptaan Allah sangat mengasyikkan. Matahhati terbenam di sebalik bukit-bukit berpasir, bangun mengejar matahari terbit bukanlah satu perkara yang boleh dilakukan pada setiap hari.

Sejujurnya, anda perlu merasai sendiri pengalaman dan aktiviti yang boleh dilakukan di padang pasir tandus ini. Setiap detik yang anda luangkan akan terasa sangat berharga dan tidak mudah dilupakan.

BACA JUGA :   Kelebihan Sambung Belajar di Chittagong Medical University

Berminat untuk melanjutkan pengajian ke Mesir dan merasai sendiri segala aktiviti yang menarik diatas. Tunggu apa lagi? Mendaftar segera bersama Daulah Educonsult. Kemasukan seterusnya adalah pada September 2020.

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

 

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here