Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mendedahkan sembilan set rakan audio perbualan. Kesemua rakaman perbualan itu melibatkan bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak dan beberapa individu lain berkenaan kebocoran maklumat daripada SPRM.

Sidang media khas SPRM membabitkan rakaman audio antara bekas Perdana Menteri dan individu lain.

Sidang akhbar yang diadakan di Putrajaya diketuai oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya. Kesemua perbualan itu membabitkan Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansur, Tan Sri Dzulkifli Ahmad dan tokoh asing dan beberapa individu lain.

Ditanya sama ada pendedahan rakaman itu akan menjejaskan kes-kes mahkamah yang sedang berjalan yang membabitkan Najib, Latheefa berkata: “Saya tidak melihat bagaimana ia akan menjejaskan (perbicaraan).

Kebanyakan isi perbualan tersebut adalah kerana kebimbangan dan keperluan untuk menyelesaikan masalah dengan cepat.

BACA JUGA :   Kes Macau Scam - 4 Cawangan Bubblebee Ditutup

 

Terdapat juga perbualan mengenai tuntutan saman sivil dan pelucuthak oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat dan dana 1MDB yang disalurkan kepada anak tirinya, Riza Aziz.

Individu yang terlibat dalam skandal 1MDB

Satu lagi panggilan telefon melibatkan Datuk Seri Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansur yang agak panas.

“Can I advise u something” yang diungkap dengan nada tinggi dipercayai tidak berpuas hati dengan cara pengendalian isu membabitkan SPRM.

Semua perbualan berlangsung antara Januari dan Julai 2016.

Untuk rakaman audio berkenaan, layar laman web rasmi Astro Awani.

 

Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Luar Negara

Mendaftar Bersama Daulah Educonsult

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

BACA JUGA :   Skandal Felda Contoh Kaedah "Rompak" Duit Kerajaan - Tun M

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here