Terletak di Kepulauan Sunda, Tama Negara Komodo adalah permata Indonesia yang terdapat di Labuan Bajo, Flores. Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk sampai ke Taman Negara Komodo ini. Antaranya ialah naiki pesawat dari Jakarta atau Denpasar, Bali ke Labuan Bajo. Anda juga boleh menaiki bot dari Bali atau Lombok untuk ke Labuan Bojo ini. Labuan Bojo merupakan pintu masuk ke Taman Negara Komodo.

Wae Rebo

Untuk sampai ke Wae Rebo ini memerlukan pendakian yang agak mencabar. Anda perlu melalui hutan tebal dan melalui sebuah perkampungan purba yang didiami oleh Suku Manggarai. Wae Rebo ini terletak di antara bukit-bukit yang rimbun dan berada di kedudukan 1,200 di atas parasa laut. Kampung purba ini mempunyai pondoh jerami setinggi 5 tingkat.

Disini, anda akan menghadiri upacara menyambut tetamu yang dilakukan dengan sangat meriah di pondok yang paling besar. Anda akandapat menyaksikan penduduk menuai biji kopi sambil ditemani malam yang indah. Bangun pagi dengan ditemani terbitnya matahari yang menakjubkan dengan tatapan dramatik.

Gua Rangko

Berenang di gua air masin ini yang berwarna biru ini sambil dihiasi pandangan langit stalagmit dan stalaktit yang mengagumkan di sekeliling kolam ajaib ini. Gua Rangko ini merupakan antara salah satu keajaiban yang terdapat di Taman Negara Komodo.

BACA JUGA :   Pesta Buku Antarabangsa Kaherah Ke 51

Air Terjun Cunca Rami

Rindukan kedamaian alam semulajadi? Ikuti trek menjejaki Air Terjun Cunca Rami ini melalui huyan tebal yang menawarkan pemandangan kampung-kampung kecil dan juga tanah pertanian.

Segarkan badan anda dengan merendam badan yang berpeluh setelah penat mendaki. Tenangkan diri dengan menikmati pemandangan yang indah.

Kawah Kelimutu

Terletak di Taman Negara Kelimutu, Gunung Kelimutu ini terkenal dengan tiga tona warna tasiknya yang indah di dalam kawah itu. Warna air dari tasiknya yang unik ini menarik perhatian rami pelancong. Anda juga boleh melakukan pendakian ke Gunung Kelimutu untuk menikmati pemandangan yang indah dan segar.

Batu Bolong

Saksikan spesies jerung yang unik di sini ditemani dengan bebatu karang yang indah di samping hidupan laut yang lain. Tapak penyelaman ini adalah bertaraf dunia kerana anda dapat menyaksikan batu-batu karang yang berwarna-warni. Terdapat juga hidupan eksotik seperti ikan clownfish. Namun ada haru selalu mendahulukan keselamatan kerana khuatir arus kuat.

Sawah Padi Cancar

Sawah Padi ini agak unik kerana berbentuk seperti sarang labah-labah. Ianya terletak di Kampung Cancar. Untuk mendapatkan pemandangan yang lebh jelas, anda boleh mendaki bukit yang berhamnpiran. Nikmati pemandangan indah dari panorama sawah yang indah.

BACA JUGA :   Kemasukan Ke Universiti Al-Azhar Melalui Madrasah Daulah

Pantai Batu Biru

Layani mata anda dengan pemadangan inda di pantai ini. Batu-batuan biru yang berasal dari gunung berapi sangat indah bertaburan di pesisir pantai. Jangan lupa nikmati makanan laut yang segar disini.

Berikut merupakan antara tujuh keajabian yang terdapat di sekitar Taman Negara Komodo. Pelancongan ke sini sangat unik dan anda akan ditemani dengan kehijauan alam semulajadi di kiri dan kanan anda.

Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Indonesia

Mendaftar Segera Bersama Daulah Educonsult

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here