Bagi pencinta kucing, golongan ini kebiasaannya tidak akan pilih kasih terhadap kucing sama ada dari baka yang berbeza mahupun kucing jalanan. Pasti seronok dapat melihat telatah haiwan ini yang comel dan mencuit hati.

Terdapat pengusaha kafe yang menjadikan kafe mereka dengan konsep “cat cafe”. Namun tahukah anda, terdapat satu lokasi di Malaysia yang didiami oleh ratusan kucing . Jangan lepaskan peluang untuk membelai kucing-kucing yang dahagakan perhatian ini.

Cat Beach, Teluk Bahang

Pelawat dibenarkan bermain dengan kucing sambil bersantai di pantai. Cat Beach ini merupakan santuari kucing di tepi pantai dan diasaskan olh Teviot Fairservis yang merupakan warga Amerika Syarikat. Beliau bekerjasama dengan Nana Wan Chik yang lebih mesra disapa “Papa Kucing”.

BACA JUGA :   Feri Ikonik Pulau Pinang Dinaik Taraf Bermula 1 Januari 2021
Pengasas Cat Beach

Cat Beach ini ditubuhkan pada tahun 2011 yang bertujuan menyelamatkan dan menyediakan tempat perlindungan untuk kucing-kucing terbiar. Terdapat lebih 250 ekor kucing yang mendiami santuari ini yang merupakan habitat tetap mereka.

Kucing-kucing ini dipelihara di kawasan perkampungan nelayan berhampiran dengan pantai. Haiwan ini sangat manja mesra dan manja dengan pengunjung. Santuari ini dapat menarik kedatangan pengunjung dari luar negara dan ada yang menawarkan diri untuk memelihara haiwan tersebut.

Namun, jika anda berniat untuk membela kucing disitu, anda boleh membawa pulang dan memberikan kehidupan yang lebih baik kepada mereka. Hal ini kerana kos untuk memelihara habitat ini memerlukan peruntukan yang tinggi. Termasuklah makanan, perubatan, vaksin dan sebagainya.

BACA JUGA :   Penang Makin "Padat", Caj Untuk Kenderaan Luar Akan Dikenakan.

Kepada yang berminat, Cat Beach ini dibuka di antara jam 11 pagi hingga 4 petang.

  • Alamat : 778, Jalan Teluk Bahang MK 2, 11050 Teluk Bahang, Pulau Pinang
  • Emel    : catbeachsanctuary@gmail.com
  • No. Tel : 017-5753419

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here