Tahun 2020 merupakan tahun dimana rakyat Malaysia khususnya bergerak semakin maju ke hadapan menuju era globalisasi. Di zaman ekonomi ini, kerajaan khususnya perlu membantu rakyat untuk meningkatkan taraf hidup.

Dego Ride

Perkhidmatan e-hailing motosikal, Dego Ride yang pernah diharamkan pada 2017 memulakan operasinya semalam, 1 Januari 2020.

Dego Ride ini dibangunkan oleh rakyat tempatan, Nabil Feisal Bamadhaj dan akan beroperasi sekitar Lembah Klang, Shah Alam dan Putrajaya.

Kementeria Belia Dan Sukan Menyokong Penuh

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq berkata, pihak kementerian sentiasa menyokong usaha golongan belia yang merangsang pertumbuhan ekonomi negara.

“Pelaksanaan perkhidmatan e-hailing ini dijangka bakal mewujudkan kira-kira 5,000 lagi peluang pekerjaan bagi terutama dari segmen B40 (kumpulan pendapatan bawah 40 peratus).

BACA JUGA :   Perairan Berbahaya Namun Masih Dikunjungi Oleh Penggemar Ekstremis

Setanding Syarikat E-Hailing Yang Lain

Beliau juga berharap Dego Ride mampu setanding dengan syarikat e-hailing antarabangsa seperti Gojek dan Grab pada masa hadapan.

“Saya juga diberitahu bahawa belia yang menyertai Dego Ride ini boleh mencapai pendapatan bulanan antara RM1,500 hingga RM3,000,” katanya.

Sambutan Dego Ride begitu memberangsangkan apabila menerima kira-kira 4,000 permohonan daripada penunggang.

Tambang yang dikenakan bagi perkhidmatan Dego Ride adalah pada kadar RM3 untuk perjalanan sejauh 3 km dan tambahan RM1 bagi 1 km seterusnya.

Anda boleh memuat turun aplikasi Dego Ride di Android dan iOS. Motorsikal yang sesuai digunakan adalah 150cc dan ke atas.

 

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here