Kanak-kanak tidak dinafikan senang untuk mendapat jangkitan penyakit disebabkan imunisasi badan agak rendah dan mudah terdedah dengan pelbagai penyakit berbahaya di sekitarnya. Hal ini mungkin kerana masih ramai ibu bapa di luar sana yang tidak bersedia dan tidak dididik tentang penyakit berbahaya yang boleh meragut nyawa anak mereka. Semakin hari, jumlah kematian kanak-kanak yang menghidap penyakit berbahaya semakin meningkat.

  1. Pneumonia

Pneumonia adalah sejenis penyakit berpunca daripada jangkitan paru-paru di mana alveoli ataupun kotak udara yang berada di paru-paru dipenuhi nanah dan cairan lain yang menjadikan oksigen sukar untuk mencapai aliran darah. Pneumonia akan menyebabkan kanak-kanak tersebut mengalami radang paru-paru dan akan menyebabkan demam,batuk atau masalah pernafasan.

 

 2. Difteria

Jika anak anda mengambil vaksin, tahniah buat anda ibubapa yang bijak! Kerana di atas keputusan anda yang bijak telah mengurangkan banyak peratus untuk mengelakkan anak menghidapi Difteria. Hal ini kerana, dalam kes – kes tertentu, difteria boleh menyebabkan nodus limfa kanak-kanak membengkak lalu menyukarkan pernafasan mereka yang jika tidak dirawat akan menyebabkan kematian. Penyakit ini senang merebak daripada satu kanak – kanak yang lain kerana bakteria difteria boleh memasuki badan melalui hidung dan mulut dan juga sebarang rongga atau bukaan di kulit.

 

 

3. Pertussis : Batuk Kokol

Pertusis juga dikenali sebagai batuk kokol dikategorikan sebagai penyakit yang paling mudah merebak dan terjangkit. Batuk kokol yang kebiasannya turut dikenali dengan panggilan “batuk 100 hari” kerana ia boleh bertahan selama berminggu-minggu hingga berbulan-bulan! Gejala awal penyakit ini adalah seperti selsema biasa, dengan hidung berair, bersin, batuk ringan atau demam. Dalam beberapa kes, batuk kokol telah mendatangkan kecederaan otak dan juga maut kepada kanak–kanak terutama kepada yang berumur lebih muda daripada usia 1 tahun!

 

4. Polio

Polio. adalah sejenis penyakit yang paling ditakuti oleh ibubapa. Ia berjangkit disebabkan virus. Tetapi perkara yang lebih menakutkan adalah kebanyakan kanak-kanak yang dijangkiti polio tidak memberikan tanda-tanda atau simptom.  virus ini akan menyerang otak dan sistem saraf dan boleh menyebabkan kelumpuhan. Buat ibu bapa yang mungkin tidak tahu, polio sering berlaku apabila kanak – kanak tidak mencuci tangan atau tidak membasuhnya dengan betul setelah memakan makanan yang mungkin mengandungi bakteria serta virus.

Daulah Educonsult antara pihak pengurusan yang menguruskan kemasukan pelajar-pelajar dalam pelbagai bidang antaranya Perubatan, Pergigian, Farmasi, Veterinar, Kejuruteraan, Pengajian Islam dan lain-lain bidang lagi di pelbagai negara. Pengalaman mengurus pelajar dari tahun 2008 sehingga kini memberikan impak dan banyak pengalaman kepada pihak Daulah. Pengurusan yang sistematik, teratur dan pelajar dianggap seperti keluarga antara kelebihan Daulah Educonsult.

Maklumat lanjut tentang pengjian di luar negara boleh layari www.daulahmedic.com atau boleh terus hubungi konsultan Puan Janna di nombor 0196403977

 

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk
info pantas atau boleh ke talian :-
Konsultan Pendidikan : 0196403977 (Pn Janna)
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)


 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here