Negara Bangladesh mempunyai penduduk kepadatan penduduk yang sangat tinggi. Negara ini sangat kaya dengan kebudayaan dan keramahan rakyatnya. Agama rasmi negara ini adalah agama Islam.

Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan di negara ini. Antaranya ialah bermain permainan tradisional Kabadi. Permainan ini telah diinovasikan secara moden dan telah dipertandingkan diperingkat antarabangsa.

Dimainkan dengan dua pasukan yang berlawan antara satu sama lain. Kabadi adalah permainan outdoor yang dimainkan di dalam sebuah gelanggang berukuran  12.5 x 10 meter yang dibahagikan dengan dua garisan putih.

Setiap pasukan terdiri dari 12 orang pemain namun hanya 7 orang sahaja yang akan berada di gelanggang ketika permainan berlangsung. Manakala yang lain akan menjadi pemain simpanan dan akan bergilir-gilir masuk ke gelanggang.

Sepanjang permainan berlangsung, akan terdapat dua penjaga garisan, seorang penjaga masa, seorang pengadil, seorang scorer dan dua orang umpire. Permainan dimulakan dengan lambung syiling untuk menentukan pasukan mana yang memulakan dahulu dan permainan berlangsung selama 20 minit.

BACA JUGA :   Kemasukkan Belajar di Bangladesh Sesi Januari 2021.

Untuk mendapatkan mata, seorang raider perlu menarik nafas dan menjerit kabadi tanpa melepaskan nafas dan pada masa yang sama akan ke gelanggang lawan dan menyentuh sebanyak mungkin pemain lawan.

Pasukan lawan perlu menangkap si raider manakala si raider perlu menyentuh sebanyak mana pasukan lawan dengan menahan nafas dan mengelak dari ditangkap oleh pasukan lawan. Selepas mendapat mata, permainan akan berlangsung seperti biasa.

Permainan ini mula diwujudkan pada tahun 1973 oleh Bangladesh Amateur Kabadi Federation yang disesuaikan dengan peringkat nasional dan antarabangsa. Perlawanan bertaraf antarabangsa pertama dimainkan antara Bangladesh dengan India pada tahun 1974.

Sukan ini pernah dipertandingkan di Kejohanan Asian Games 1990 di Beijing, China dan pasukan Bangladesh memenangi pingat Perak. Pada tahun 2006 dan 2010, Bangladesh juga membawa pulang pingat Gangsa dalam Kejohanan Asian Games.

Permainan ini turut dikenali dengan nama Ha-Du-Du. Penonton yang ramai dan sorakan gemuruh dari mereka tambah merancakkan permainan.

BACA JUGA :   Daulah Educonsult Platform Pilihan Terbaik

Selain dari permainan yang bertaraf antarabangsa, Bangladesh juga mempunyai universiti bertaraf antarabangsa yang sangat popular dalam kalangan pelajar Malaysia khususnya dalam bidang perubatan dan veterinar.

Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Bangladesh

Mendaftar Segera Bersama Daulah Educonsult

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here