Tragedi tsunami yang melanda Acheh pada tahun 2014 masih lagi segar dalam ingatan. Tragedi yang mengorbankan hampir ribuan nyawa itu sangat mengemparkan dunia. Bumi Acheh hampir menjadi padang jarak padang tekukur.
Tambah menginsafkan, ketika tragedi ini berlaku, hanya terdapat sebuah masjid yang masih utuh berdiri. Ini menunjukkan kekuasaan Allah S.W.T.
Selepas bencana tersebut, rakyat Acheh sepakat bangun bersama membina kembali bumi Acheh dengan berlandaskan syiar Islam yang betul.
Terdapat pelbagai tempat ikonik yang dibangunkan di Acheh bagi memnperingati tragedi yang menyayat hati tersebut.
Ayuh ikuti Deenamik untuk mengetahui mengenai pembangunan ikonik di bandar Acheh.
Masjid Raya Baiturrahman
Semasa kejadian Tsunami, masjid ini merupakan masjid yang teguh berdiri walaupun bangunan di sekitarnya sudah hancur menyembah bumi. Tambahan, masjid ini juga berfungsi sebagai tempat perlindungan mangsa ketika tragedi berlaku.
Masjid ini kemudiannya diubah suai yang menyerupai seakan-akan masjid Nabawi di Madinah. Masjid ini merupakan masjid yang tercantik di Acheh dan terletak di pusat bandar.
Masjid Rahmatullah, Lampuuk
Masjid ini terletak kira-kira setengah jam dari bandar Acheh dan terletak di Kampung Lampuuk.
Masjid ini juga merupakan antara masjid yang terselamat ketika bencan Tsunami berlaku.
Muzium Tsunami Acheh
Harga tiket untuk masuk ke muzium ini adalah Rp.10,000 sahaja. Muzium ini mengambarkan peristiwa Tsunami 2004.
Muzium ini hasil rekaan anak jati Acheh, iaitu dengan menggabungkan seni Islam dan juga budaya masyarakat Acheh. Konsepnya mengambarkan seolah-olah gelombang Tsunami dan kapal penyelamat pada binaannya.
Terdapat juga nama-nama mangsa yang terkorban diabadikan di satu ruang dalam tragedi yang meruntun jiwa itu.
Kapal PLTD Apung
Akibat gelombang Tsunami yang besar, kapal ini terseret jauh hingga lima kilometer ke tengah bandar Acheh.
Kapal janakuasa elektrik milik syarikat janakuasa tempatan ini terdiri dari 11 anak kapal. Namun hanya seorang sahaja yang terselamat.
Kapal Di Atas Rumah
Kapal seberat 20 tan ini dipukul ombak dan tersadai di atas rumah penduduk di Gampong Lampulo. Kapal ini memiliki kepanjangan 25 meter dan lebar 5.5 meter yang diperbuat dari kayu.
Menurut sumber dari penduduk kampung, berkat kapal ini, sebanyak 59 orang terselamat pada hari kejadian.
Perkuburan Terbesar Mangsa Tsunami
Perkuburan terbesar ini terletak di Gampong Siron. Terdapat sekurang-kurangnya 46,718 mayat mangsa Tsunami telah dikebumikan disini.
Terdapat surah Yassin yang disediakan di sini dan anda juga boleh sedekahkan al-fatihah apabila berkunjung ke sini.
Jika berkesempatan, berkunjungla ke Acheh. Anda pasti akan berasa dan insaf dan dapat melihat kekuasaan Allah.
Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Indonesia
Mendaftar Bersama Daulah Educonsult
Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)