Berkunjung ke Jepun yang turut dikenali sebagai matahari terbit ini tidak pernah membosankan. Hal ini demikian kerana Jepun sangat sesuai dikunjungi pada setiap musim. Tidak kira pada musim bunga atau musim sejuk, kedua-duanya akan memberikan pengalaman yang berbeza.
Namun, berkunjung ke negara Jepun tidak sah jika tidak merasai sendiri makanan negara tersebut. Namun tidak kesemuanya halal dan makanan halal kadangkala terlalu mahal dan sukar didapati.
Namun jika mendengar Jepun, anda mesti terfikir makanannya hanya nasi dn ikan sahaja. Sebenarnya, terdapat banyak makanan yang sangat sedap di Jepun malah halal.
Sushi
Sushi adalah makana yang dikenali di seluruh dunia. Sushi terhasil dari nasi nyang dikukus dengan campuran cuka beras, garam dan gula. Kemudiannya dicampur dengan ikan, sayur dan juga rumpai laut.
Terdapat juga sushi sashimi yang diperbuat dari ikan mentah atau makanan laut yang dihidangkan dengan wasabi pedas.
Tempura
Tempura adalah makanan ringan yang digoreng terdiri dari makanan laut dan sayur-sayuran. Namun terdapat juga tempura yang diperbuat dari ikan dan ayam yang dipanggang dengan sos daripada kicap, halia dan gula. Hidangan ini dihdangkan dengan sos tetsuyu iaitu gabungan konsomme, sake manis, kcap, halia, lobak dan rempah ratus.
Kare Raisu
Diperbuat dari beras, kari, sayur, bawang, lobak merah dan kentang. Antara daging yang digunakan adalah ayam, lembu dan itik. Namun anda perlu berhati-hati kerana kadang kala terdapat daging babi dan anda perlu bertanya terlebih dahulu.
Okonomiyaki
Makanan yang diperbuat daripada campuran tepung, keladi dan telur. Terdapat bahan tambahan seperti bawang hijau, daging lembu, udang, sotong, sayur-sayuran dan keju.
Shabu Shabu
Hidangan ini menggunakan pelbagai jenis daging dan makanan laut serta sayuran, tauhu dan kadangkala mi. Anda hanya perlu masukkan sekeping daging atau sayuran dan rebus dengan takat air yang boleh menenggelamkan bahan-bahan tadi. Selepas itu, anda sudah boleh menikmatinya dengan lazat sekali.
Onigiri
Makanan ini sangat popular kerana di setiap tempat di Jepun pasti menjual makanan ini. Onigiri adalah bebola nasi diperbuat daripada nasi seperti ayam, sayur-sayuran, ikan, daging, rumlpai laut atau dengan sebiji telur. Namun ada juga yang hanya dicampur dengan sos, sayur-sayuran, kacang dan furikare. Harganya yang murah membolehkan ianya didapati di mana-mana sahaja.
Udon
Udon adalah mi yang tebal berwarna putih diperbuat dari tepung gandum. Kebiasaannya dihidangkan dengan kicap dan mirin. Ianya sesuai dinikmati ketika sejuk dan panas.
Green Tea
Green tea ibarat minuman nasional negara Jepun. Teh di Jepun disediakan dengan gula-gula Jepun. Gula-gula Jepun kebiasaannya diperbuat dari kacang. Gula-gulanya pula diperbuat dengan rasa dan bentuk yang unik.
Kesemua makanan ini adalah makanan popular di Jepun dan juga di seluruh dunia. Di Malaysia memang ada dijula, namun rasanya tidak sama seperti yang anda makan di negara Jepun itu sendiri.
Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Luar Negara
Mendaftar Segera Bersama Daulah Educonsult
Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang erjayaan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk erjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian
- Customer service 1 :0189624322
- Customer service 2 :0182429322
- Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)