Ingin melancong sambil berjimat? Deenamik ingin cadangkan beberapa lokasi tumpuan yang masuk secara percuma. Percutian aanda akan tambah menyeronokkan dengan berkunjung ke lokasi berkenaan secara percuma. Ayuh menjelajah Rusia di beberapa lokasi secara percuma.
Red Square
Merupakan lokasi wajib jika anda berkunjung mke Moscow. Lokasi ini juga terdapat pelbagai lokasi lain yang wajib dikunjungi. Antaranya ialah Katedral St. Basil, Moscow Kremlin, GUM Mall, State Historical Museum dan Nikolskaya Street.
Alexander Garden
Lokasinya bersebelahan dengan laluan masuk ke Moscow Kremlin. Disini anda boleh melihat Tomb of The Unknown Soldier yang dikawal oleh Guard of Honour. Pertukaran pengawal pula akan berlaku setiap satu jam.
Kremlin Di Izmailovo
Terletak di daerah Izamilovo dan bersebelahan dengan Kremlin adalah pasar tradisional. Pasar ini menjual cenderahati dari Moscow. Kremlin disini adalah jauh lebih kecil berbanding yang berada di tengah kota Moscow.
VDNKh Park
Taman ini dilengkapi dengan beberapa pavilion, pancutan air, muzium kosmonaut, roket dan juga kapal angkasa Buran. Terdapat juga moskvarium iaitu aquarium Moscow. Pada musim sejuk anda akan dapat melihat hampir 3 gelanggang ice skating disini.
Victory Park
Victoria Park ini didedikasikan sempena dengan kemenangan Rusia dalam Perang Dunia Kedua. Taman ini menggambarkan keperitan yang dialami oleh tentera Rusia sepanjang berlakunya peperangan.
Anda akan dapat melihat tugu setinggi 142 meter dan juga sebuah muzium memorial perang. Tambahan, anda akan disajikan dengan ukiran dan tugu yang menggambarkan peristiwa sepangjang Perang Dunia Ke-2.
Eksplorasi Dunia Bawah Tanah Moscow
Sistem pengangkutan di Moscow adalah sangat efisien. Stesen-stesen Metro kaya dengan senibinanya. Ketika anda mengunjungi stesen Metro ini, anda akan berasa seperti berada di muzium bawah tanah.
Tinjauan Dari Sparrow Hill
Lokasinya berhampiran dengan Lomonosov Moscow State University. Berdepan dengan universiti ini, anda akan dapat melihat bunga tulip dan pancutan air iaitu semasa musim bunga dan awal musim panas.
Tsaritsyno Park
Merupakan taman bunga yang didalamnya terletak sebuah istana. Menariknya, istana ini wujud semasa zaman Empress Catherine The Great, namun dirobohkan semula selepas Permaisuri tidak berkenan dengan senibinanya. Pembinaannya diteruskan semula walaupun Catherine sudah mangkat. Kerajaan Rusia menjadikan istana ini sebagai sebuah muzium.
Di Moscow, terdapat banyak lagi aktiviti-aktiviti yang anda boleh lakukan. Tambah menyeronokkan apabila anda berkunjung ketika adanya perayaan atau pesta.
Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Rusia
Mendaftar Segera Bersama Daulah Educonsult
Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian
- Customer service 1 :0189624322
- Customer service 2 :0182429322
- Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)